Sebuah kedai di hadapan sekolah menjadi tumpuan ramai ketika itu. Aku rasa itu sahaja kedai yang tercapai oleh derap kaki. Yang lain pun ada, tapi boleh menyebabkan seliuh dan haus pada tekak dan tapak kasut.
Menu utama dikedai itu ialah meggi. Ya, meggi yang sama rasanya dengan yang kita makan pada hari ini. Tiada yang berubah, rasanya, bungkusan kuning dan pintalan meenya. Kalau ada yang berubah mungkin hiasan pada plastik yang diubah mengikut kehendak selera generasi sekarang.
Meggi dikedai itu ada tiga darjat. Darjat terendah ialah Meggi 0. Harganya ketika itu 50sen semangkuk. Walau darjat terendah, tapi ramai yang memilih meggi ini. Mungkin sekadar untuk mengisi ruang yang ada dan tidak dilihat berpoya-poya dikedai secara percuma sambil menonton TV yang menayangkan cerita dari video dek. Aku tak ingat darjat-darjat seterusnya. Tapi aku selalu makan Meggi dengan telo dan sawi. Sudah tentu ini adalah darjat meggi yang tertinggi.
Bagi aku makan di kedai ini pada malam minggu bukan sahaja untuk mencari kelainan, tetapi ia juga adalah motivasi. Tuan kedai selalu bertanya aku di tingkatan berapa. Setiap kali aku datang, itulah soalan yang akan ditanyakan. Mungkin itu antara set soalan yang dia sudah sediakan untuk pelanggan kedai. Apabila aku menyatakan usia ku, lantas dia berkata anaknya adalah sebaya dengan ku. Dan terus menyambung anak kini bersekolah di MRSM. Itulah motivasi kepada aku sebenarnya. Setiap malam minggu, keinginan ke sekolah yang sama sentiasa di perbaharui oleh cerita si pembuat meggi!
Gambar meggi di atas aku ambil ketika makan di Sabasun tengahari tadi (20022022), melihat gambar ini aku teringat tentang meggi yang aku makan suatu ketika dahulu.Meggi darjat kayangan.
No comments:
Post a Comment