Tuesday, March 18, 2008

Aku Tersesat

Peperangan dulu amat hebat dan aku telah tertewas di dalam peperangan itu. Aku sebetulnya baru sedikit sembuh dari luka peperangan dulu. Dalam peperangan dulu aku cedera parah dan hati ku remuk. Dari sisa yang berbaki aku mengungsi tanpa arah dan haluan. Aku ke utara selatan timur dan barat. Aku menjelajah empat penjuru dunia mencari ketenangan. Aku bergerak mengikut mata angin dan aku tersesat akibat luka yang bernanah dalam perjalanan yang pedih dan gersang itu.

Hari ini aku kembali menjadi aku. Aku yang telah menang dalam peperangan yang aku telah kalah. Selepas hari ini, aku akan pastikan kemenangan adalah berterusan.


1 comment:

Sebuah Kisah Tentang Kesetiaan

 Sepuluh tahun. Itulah tempoh masa sebuah kisah bermula dan masih berjalan hingga hari ini. Setiap pagi, setiap petang, sebuah Nissan Livina...