Friday, September 12, 2008

Amaran Kerajaan

Ada satu amaran kerajaan yang selalu dilanggar oleh rakyat Malaysia. Amaran tersebut berbunyi:

"Amaran oleh kerajaan: Merokok membahayakan kesihatan"

Tapi mungkin ramai smoker yang tidak perasan tentang amaran tersebut. Amaran ini ditulis di sebelah kiri kotak rokok.

Tapi aku rasa amaran tersebut tidak lah begitu berkesan. Lagipun, ia lebih berbunyi seperti nasihat kalau dibandingkan dengan amaran yang semestinya lebih tegas. Oleh sebab itu, sebagai ahli KETIROK (Kelab Henti Rokok). Aku mencadangkan agar lokasi amaran tersebut dipindahkan ke lokasi yang lebih terbuka di kotak rokok tersebut. Dan haruslah ditulis lebih besar supaya boleh dilihat dan dibaca oleh para smoker.

Lagi satu, amaran tersebut mestilah sentiasa diubah-ubah supaya menimbulkan keinginan kepada para smoker untuk membacanya. Asyik baca benda yang sama jer, boring jugak.  Contohnya amaran yang baru mungkin berbunyi:

"Merokok amat tidak berguna, berhentilah merokok sekarang jugak!"


Thursday, September 11, 2008

Idea Songsang Gua

Mendengar berita TV3 malam tadi dan membaca surat khabar di pagi ini aku rasa bersyukur kerana aku masih punya tangan dan kaki. Yang paling penting aku masih punya nyawa. Namun begitu, pada musim perayaan, berita sebegitu sudah menjadi perkara biasa. Setiap tahun, bila tiba hari raya pasti ada berita anak-anak yang kehilangan jari.

Aku teringat kisah Thomas Edison, manusia yang dikatakan menemui elektrik. Ketika ditanya tentang penemuan beliau, jawabnya ialah "Ini adalah satu ekperimen yang berjaya dari dua ribu ekperimen".  Meaning to say that sebelum ini, banyak ekperimen beliau yang tidak berjaya. Mungkin ketika itu, rambut beliau selalu berceracak "caccang" kerana terkena kejutan elektrik akibat dari ekperimen yang tidak berjaya. Nasib baik umor beiau panjang untuk meraikan penemuan beliau.


Dari sudut songsang aku, budak yang cedera tadi adalah pemilik semangat Thomas Edison, kecederaannya adalah sebahagian dari ekperimen yang gagal. Tapi apa yang ingin dibuktikan terserah kepada budak itu sendiri.  Kalau beliau berjaya membaling mercun tersebut sebelum mercun tersebut meletup, budak ini pasti akan terus berekperimen dengan imaginasi yang lain-lain. Mungkin budak ini akan menjadi pakar letupan.  


Kalau benar budaj ini adalah seperti Thomas Edison pasti beliau akan muncul dengan berita terbaru!!


Saturday, September 06, 2008

Semangat Yang Hilang

Membaca emel seorang kawan di UK, membuat hati berdetik dan menjerit. Semangat yang hilang itu kembali memandu asmara rasa. Aku pun ingin ke sana. Mungkinkah?

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...