Aku teringat kisah Thomas Edison, manusia yang dikatakan menemui elektrik. Ketika ditanya tentang penemuan beliau, jawabnya ialah "Ini adalah satu ekperimen yang berjaya dari dua ribu ekperimen". Meaning to say that sebelum ini, banyak ekperimen beliau yang tidak berjaya. Mungkin ketika itu, rambut beliau selalu berceracak "caccang" kerana terkena kejutan elektrik akibat dari ekperimen yang tidak berjaya. Nasib baik umor beiau panjang untuk meraikan penemuan beliau.
Dari sudut songsang aku, budak yang cedera tadi adalah pemilik semangat Thomas Edison, kecederaannya adalah sebahagian dari ekperimen yang gagal. Tapi apa yang ingin dibuktikan terserah kepada budak itu sendiri. Kalau beliau berjaya membaling mercun tersebut sebelum mercun tersebut meletup, budak ini pasti akan terus berekperimen dengan imaginasi yang lain-lain. Mungkin budak ini akan menjadi pakar letupan.
Kalau benar budaj ini adalah seperti Thomas Edison pasti beliau akan muncul dengan berita terbaru!!
No comments:
Post a Comment