Friday, September 12, 2008

Amaran Kerajaan

Ada satu amaran kerajaan yang selalu dilanggar oleh rakyat Malaysia. Amaran tersebut berbunyi:

"Amaran oleh kerajaan: Merokok membahayakan kesihatan"

Tapi mungkin ramai smoker yang tidak perasan tentang amaran tersebut. Amaran ini ditulis di sebelah kiri kotak rokok.

Tapi aku rasa amaran tersebut tidak lah begitu berkesan. Lagipun, ia lebih berbunyi seperti nasihat kalau dibandingkan dengan amaran yang semestinya lebih tegas. Oleh sebab itu, sebagai ahli KETIROK (Kelab Henti Rokok). Aku mencadangkan agar lokasi amaran tersebut dipindahkan ke lokasi yang lebih terbuka di kotak rokok tersebut. Dan haruslah ditulis lebih besar supaya boleh dilihat dan dibaca oleh para smoker.

Lagi satu, amaran tersebut mestilah sentiasa diubah-ubah supaya menimbulkan keinginan kepada para smoker untuk membacanya. Asyik baca benda yang sama jer, boring jugak.  Contohnya amaran yang baru mungkin berbunyi:

"Merokok amat tidak berguna, berhentilah merokok sekarang jugak!"


No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...