2011 menyaksikan banyak peristiwa dalam hidup aku. Lonjakan paling jauh dalam hidup aku ialah aku berjaya terbang ke Turki. hehehehe! jauh tu.
2011 juga menyaksikan aku dah sedikit-sedikit mulai pandai menulis tulisan akademik. Duduk menulis dalam nie, seme bende mengarut dan tidak ikut nahu bahasa dan lebih rojak dari rojak
2011 juga menyaksikan aku semakin sibuk. Berdasarkan posting dalam tahun 2011, ia menunjukkan pengecilan, di mana bulan-bulan terakhir 2011 menyaksikan aku hanya berjaya post 5,6 tulisan sahaja dalam blog ini.
2011 juga menyaksikan aku mengambil langkah drastik membina rumah sendiri, tanpa pedulikan org lain. Rumah baglo ku dilereng bukit sudah hampir sipa 45%. Duit di tangan dah nak habis. Aku dah cakap dengan kedai hardware untuk HD dulu mungkin sehingga akhir bulan 1. Beliau bersetuju sambik berkata "Tak apa, tak de bunga".
2011 juga menyaksikan masa-masa gembira cuti belajar aku akan berkahir tidak lama lagi, tambahan pula, supervisor dah mula bising suruh aku full time di graduate school. maklumlah sekarang aku hanya remote je!
ah banyak sangat lah nak kena review, plan tahun 2012 pun belum buat lagi!
No comments:
Post a Comment