Babak 1
Seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.
Menurutnya, tulisan jawi sedang 'tenat' dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.
"Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?," katanya yang fasih berbahasa Melayu.
Babak 2 (imbas kembali)
Seorang melayu apa ke nama ntahlah, telah memulakan langkah globalisasi peringkat awal dengan memansuhkan tulisan jawi peringkat sekolah... Jawi hanya menjadi satu subjek di sekolah kini!
Utusan melayu ketika itu berulisan jawi akhirnya di makan oleh utusan malaysia yang bertulisan rumi. Yelah orang dah tak pandai jawi, saper nak baca jawi! Akhirnya jawi hanya menjadi sisipan dalam akhbar utusan malaysia, itupun hanya dalam edisi rabu tak silap aku.
Babak 3 (muzikal part - tengok guna otak k!)
babak 4 (ronda-ronda popular book store perabih BBIM)
aku ternampak satu sudut khas untuk buku bertulisan cina, dari semua aspek! Apa ke hal, aku bukan racist, cuma, itu lah gayanya yang sebenar orang yang berjuang untuk bangsanya!
babak 5
-tammat-
jawapan komen.
aku rasa, jawi lebih mudah dari rumi, sebab anak aku yang paling kecil, dengan mudah dapat ingat bila di ajar ikraq, tapi amat susah untuk ingat bila membaca cahayaku.
sebenarnya kita sentiasa mencari kelemahan apabila hendak membuat sesuatu, sedangkan dalam kehidupan ini kita ada perkataan 'diperbaiki'.
guna je falsafah aagym. iaitu 3M! mulakan dengan perkara kecil, mulakan dari saat ini dan mulakan dengan diri sendiri
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
mulakan balik talaqqi kitab lama. haha tu pure jawi. noktak pun tak wujud kot.
ReplyDelete