Aku adalah perokok tegar suatu ketika dulu, dan sekarang sudah hampir 12 tahun aku berenti merokok, berhenti beli rokok tetapi masih lagi kadang-kadang terhidu bau asap rokok yang buat aku kadang-kadang terkasima tergoda. Tetapi aku masih kuat....
Kenapa aku berenti merokok? kerana aku masuk spital dan duduk dalam ward 4 hari disebabkan otak di kepala ku dikatakan bengkak oleh doktor yang merujuk ke hospital. 4 hari tidak merokok dalam wad buat aku menjadi kuat, dan aku tekad untuk berenti.
pada aku, tak boleh berenti merokok ni hanya alasan jer, sebenarnya kita bole brenti jika kita mahu dan bersungguh sunguh
kita tak brenti merokok atau tak jaga makan ni sebab kita masih lagi sihat dan tak kena lagi penyakit yg teruk, kalau dah kena penyakit kronik dan doktor sah kan kita kalau tak brenti merokok kemungkinan kita tak ada harapan hidup beberapa bulan lagik, aku grenti tak perlu tunggu esok, la ni jugak terus berenti rokok
kenapa doktor tak tipu sunat pesakit-pesakit mereka. Gertak kata paru-paru mereka dah rosak teruk tunggu masa nak pergi je, ker camner? boleh pakai tak?
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment