Friday, June 29, 2012

Semi FInal

Aku antara generasi yang banyak dimomokkan dengan propaganda perang USA. Antara yang popular ketika itu ialah perang Vietnam dengan siri "Nam-Tour of Duty" dan juga perang dengan german dalam siri "Combat". Watak USA digambarkan tidak begitu berdisiplin, dengan rambut yang kusut masai, tak suka pakai helmet askar, baju pakai singlet je, suka gaduh dalam kem tetapi kuat dan hebat serta selalu memang dalam pertempuran, Sebaliknya watak Vietnam dan German selalu dikaitkan dengan disiplin yang tinggi, baju yang sentiasa kemas dan lengkap, tidak pernah tak pakai baju atau hanya bersinglet, tetapi selalu kalah dalam peperangan mereka.  Dan aku rasakan propaganda ini amat berjaya ketika itu.

Kini aku sudah jadi sebaliknya!

.......

Setelah pasukan oren yang aku sokong terkeluar dari saingan EURO12, aku pun berpaling kepada kepada pasukan German, kerana  aku suka pada Hitler!. Malangnya, malam tadi mereka telah kalah dengan bermaruah!

........

Aku membuat kesimpulan pasukan yang aku sokong pasti akan kalah :D, kerana "sensor" aku selalu memilih untuk menyokong mereka yang kalah!

........

Pendapat orang lain dia punya hal lah....

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...