Aku bukan sportman, apatah lagi peminat tegar bola sepak kerana sepanjang usia ini aku tidak pernah bersengkang mata menunggu sesebuah perlawanan bolasepak lewat pagi. Tetapi, entah macam mana mungkin sudah takdir, aku pernah menang sebutir cawan tembikar kunig berbunga putih dengan piringnya sekali dalam acara lari di atas bata peringkat sekolah rendah. Aku tak ingat darjah berapa, dan aku sangat pasti ketika itu bukan darjah 6! Antara acara tahunan yang aku join ialah "rentas desa" kerana wajib pada yang duduk hostel! Dan atas kehendak takdir juga, aku pernah mewakili sekolah menengah atas dalam acara hoki.
Selepas sekolah, aku berjinak-jinak dalam sukan silat, tapi tak bertahan lama kerana Tok Guru suka pegang anu lelaki dari belakang. Kata rakan-rakan seperguruan, sesiapa yang dipegang oleh Tok Guru, akan menjadi lemah. Justeru itu, aku selalu mengawasi pergerakan Tok Guru dan akhirnya aku berhenti tanpa mandi minyak!
Selepas itu aku berjinak-jinak pula dengan sukan angkat berat! Oleh kerana tiada besi-besi seperti gym, aku membina peralatan sendiri, memasukkan simen ke dalam tin milo yang pelbagai saiz, sehingga badan ku terbentuk seperti arnold swashdsssseger. Tapi sekarang aku tidak lagi begitu!
Tapi, pada tahun 2012 ini, aku menyaksikan pasukan favorite aku sudah kecundang dari euro 2012 iaitu Belanda. Aku tak tahu kenapa aku pilih Belanda, tapi pagi tadi aku mendapat jawapannya, rupanya kerana aku suka warna oren! Tapi kata orang tua-tua cinta tidak perlukan sebab kan.....
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment