Aku bangun pagi ini, aku rasa kesihatan aku semakin menurun dan badan ku sakit-sakit dan gemuk seperti ayam daging tua. Lantas aku teringat org yang selalu berkumpul di kaki bukit besar di waktu pagi di hari minggu, yang selalu mencetuskan soalan "Apa yang best kat sana?", jadi aku pun bertolak ke sana dengan semangat "the bigger loser:" aku pun pergi ke sana dan perlahan-lahan menapak naik ke sana.
Pagi yang masih segar buat badan seperti bertenaga, hati sedikit-sedikit bercampur dengan keinginan bersaing dengan anak muda yang kadang-kadang memotong aku mendaki. Sehingga separuh, aku mula bernafas pendek dan kaki serta betis mulai sakit, tapi aku terus teruja untuk melihat apa yang ada di atas sana.
Org muda ada yang berlari ke atas sana! Setelah berhempas pulas melawan perasaan ingin berhenti dan turun dengan keinginan untuk melihat dari puncak sana, akhirnya keazaman menang! Hanya siapa yang punyai keazaman akan berjaya dengan izin Allah.
Aku mendapat jawapan, keseronokkan disini ialah kemenangan menawan puncaknya. Peluh memercik keluar seolah-olah aku sudah berlari jauh, sedangkan waktu sebenar hanya 10 hingga 15 minit sahaja pendakian.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
Kenalah praktik setiap minggu, baru berat badan turun :D,Wan Spein.
ReplyDeleteInsyaAllah, akan aku cuba gagahi 3 kali seminggu!
ReplyDelete