Wednesday, May 30, 2012

Begini dan Begitu

Begini dan Begitu adalah dua beradik yang saling berlawanan sifatnya. Kerana dua sifat dua beradik inilah, logik akal tidak boleh dipakai langsung dalam membuat keputusan, kerana Begitu dan Begini sebenarnya adalah agen dari institusi yang sama. Tetapi, oleh kerana sifar Begitu yang  begitu dan sifat Begini yang begini, maka kedua-duanya amatlah sesuai untuk dijadikan senjata saraf. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mewujudkan was-was dalam logik akal. Bukankan sekarang ramai orang menggunakan logik akal kerana mereka merasakan mereka bijak. Jadi, sampai satu tahap, Begitu dan Begini saling berterlagah. Pada satu-satu masa, Begini kelihatan betul, tapi pada masa yang lain, Begitu pula yang kelihatan betul. Untuk menambahkan kecelaruan, Begini juga boleh menjawab dan melawan tohmahan Begitu, begitu juga dengan Begitu, dia juga boleh menjawab dan menyanggah tohmahan Begini. Bila Begini dan Begitu saling berlawanan dan bertelagah, yang betul akan kehilangan 'betulnya' dan yang salah akan hilang 'salahnya', kerana kemasukkan maklumat yang pelbagai dan hampir membuatkan minda bercelaru dan gagal diproses mengikut logik. Itulah pentingnya dari awal lagi kita sudah punyai pendirian asas tentang satu-satu perkara, Begitu dan Begini hanyalah penyedap sahaja. Tidak boleh memalingkan ideologi  yang punyai jati diri.

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...