Tuesday, November 20, 2012

Enstein Pernah Berfikir

yang paling tak tahan ialah " THE WORLD WILL HAVE A GENERATION OF IDIOTS".

p/s: aku tak suka SMS atau berFB

Wednesday, November 14, 2012

Tika Di Garis penamat

seringkali membaca berita-berita kemalangan ngeri, hati ini menjadi insaf selain daripada menunjukkan reaksi kesian, kadang-kadang hati juga m3ndengus tentang kecuaian merekan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
tetapi bak kaata oranag orang tua, malang tidak berbau,hanya ALlah yang maha mengetahui. kita sebagai hambanya hanya perlu berdoa agar tidakmataai dalam keadaan begitu.

disuatu kejadian, kerana aku sudah lama mengekori sebuah lori kosong yang tidak laju dan tidak perlahan, aku mula mengintai intai peluang dan ruang untuk memintas lori tersebut. lama mengekori hati mula menjafi tidak sabar. memandangkan setiap kali selrpas selekoh tiada kenderaan melintas, aku pun menggunakan instinct sendiri untuk memintas lori didepan. andaian aku ialah tiada kenderaan di selekoh hadapan. ketika pemotongan berada ditengah lori yang panjang itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba tiba muncul menandakan instinct aku tak boleh dipakai. aku pun terus menekan minyak, hati hanya berharap aku berjaya melepasi lori tanpa melanggar kenderaan pacuan empat roda tersebut. ya, betu, aku hanya ingin melepasi lori tersebut. pacuan empat roda ,ula memberikan  lampu amaran pertama, tetapi dia masih laju, dan aku terus menekan minyak. tiad yang terlintas di hati ketika itu, hanya harapan agar berjaya melepasi lori dan aku tidak ditimpa kemalangan. kenderaan pacuan empat roda kelihatan memperlahankan panduan, dan aku berjaya menyusup masuk diruang kecil yang ada itu. lantas hon panjang kendengaran.

selepas itu, barulah aku mengingati mati, batulah aku mengingati tuhan. dan barulah aku sedar aku terlalu mengikut perasaan. bila sudH terlalu lama memandu, kadang kadang kitamerasakan kita sudah cukup hebat, sudah cukup berhati hati dan berjaga jaga tetapi sedetik tadi menyedarkan aku, kecuaian boleh datang dengan tiba tiba dan mulakan perjalanan dengan doa.

alhamdulillah, garisnpenMat ku bukan disitu.

Saturday, November 10, 2012

Harga Alam

1. Ketika termenung di mangkuk tandas duduk disebuah biliik hotel 5 bintang aku terlihat sebuah memo bersaiz kertas A4 dibahagi 4. Memo ini membawa maksud mengingatkan pelanggan hotel tentang penggunaan sabun dan detergen yang banyak telah merosakkan sungai dan alam sekitar. Jadi pihak hotel telah cuba sedaya upaya untuk turut membantu menyelamatkan alam sekitar. Jadi pelangan digalakkan tidak selalu menukarkan tuala mandi mereka. Tetapi kalau nak tukar jugak tak de masalah! Itulah perkara yang aku fahamkan dari memo kecil tersebut.

2. Tibanya dikaunter aku terus di tanya, "nak beg plastik tak?", dan aku teringat hari ini hari sabtu dan melantunkan ingatan tersebut dalam bentuk suara "ooooooo sabtu". Tidak terkawal minda mengeluarkan pertanyaan di mulut "Berapa sen?" "dua posen" katanya petugas kaunter. Aku melihar barang  yang tidak begitu banyak dan sudah ada ditangan sebuah beg plastik.

3. Antara cerita satu dan cerita dua, aku masih melihat aspek keuntungan masih menjadi agenda utama dalam apa-apa perbuatan. Menyelamatkan alam sekitar hanyalah alasan untuk mengaut lebih keuntungan. Jika menyelamatkan alam sekitar menjadi agenda utama, sudah pasti sudah lama kita semua di berikan beg-beg kertas macam dalam cerita mat saleh. Tetapi begitulah kesungguhan kita sebaga pelangan serta kesungguhan pembekal untuk menjayakan misi ini sangatlah rendah. Apa salahnya, setiap hari sabtu pelanggan diminta membayar 2 ringgit untuk beg kitar semula dan beg plastik diharamkan sama sekali pada hari tersebut, walaupun ia tidak dapat menyelamatkan alam, kerana masih ada 6 hari untuk merosakan alam, tetapi ia cukup mengajar pengguna supaya menyangi duit sendiri dan seterusnya menyayangi alam sekitar. Mungkin pengajaran ini boleh dipanjangkan untuk 7 hari seminggu.

tetapi begitulah..........Alam sekitar ini hanya berharga 20 sen!

Sunday, November 04, 2012

teka-teki sufi - kupasan mikro

Dalam satu teka-teki imam al-ghazali kepada anak muridnya (sumber?), "Apakah tempat yang paling jauh?" Jawapan yang diberiikan ialah masa yang lepas!

Literally, jauh bermakna mengambil masa untuk didekati, maka paling jauh bermaksud mengambil banyak masa untuk di dekati.

Bila dikaitkan ia dengan masa yang lepas, adakah ia membawa maksud kita masih boleh kembali kepada masa lampau seperti dalam filem-filem tentang mesin masa!



Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...