1. Ketika termenung di mangkuk tandas duduk disebuah biliik hotel 5 bintang aku terlihat sebuah memo bersaiz kertas A4 dibahagi 4. Memo ini membawa maksud mengingatkan pelanggan hotel tentang penggunaan sabun dan detergen yang banyak telah merosakkan sungai dan alam sekitar. Jadi pihak hotel telah cuba sedaya upaya untuk turut membantu menyelamatkan alam sekitar. Jadi pelangan digalakkan tidak selalu menukarkan tuala mandi mereka. Tetapi kalau nak tukar jugak tak de masalah! Itulah perkara yang aku fahamkan dari memo kecil tersebut.
2. Tibanya dikaunter aku terus di tanya, "nak beg plastik tak?", dan aku teringat hari ini hari sabtu dan melantunkan ingatan tersebut dalam bentuk suara "ooooooo sabtu". Tidak terkawal minda mengeluarkan pertanyaan di mulut "Berapa sen?" "dua posen" katanya petugas kaunter. Aku melihar barang yang tidak begitu banyak dan sudah ada ditangan sebuah beg plastik.
3. Antara cerita satu dan cerita dua, aku masih melihat aspek keuntungan masih menjadi agenda utama dalam apa-apa perbuatan. Menyelamatkan alam sekitar hanyalah alasan untuk mengaut lebih keuntungan. Jika menyelamatkan alam sekitar menjadi agenda utama, sudah pasti sudah lama kita semua di berikan beg-beg kertas macam dalam cerita mat saleh. Tetapi begitulah kesungguhan kita sebaga pelangan serta kesungguhan pembekal untuk menjayakan misi ini sangatlah rendah. Apa salahnya, setiap hari sabtu pelanggan diminta membayar 2 ringgit untuk beg kitar semula dan beg plastik diharamkan sama sekali pada hari tersebut, walaupun ia tidak dapat menyelamatkan alam, kerana masih ada 6 hari untuk merosakan alam, tetapi ia cukup mengajar pengguna supaya menyangi duit sendiri dan seterusnya menyayangi alam sekitar. Mungkin pengajaran ini boleh dipanjangkan untuk 7 hari seminggu.
tetapi begitulah..........Alam sekitar ini hanya berharga 20 sen!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment