aku seringkali mencari kedai yang buka seawal sesudah subuh di sepanjang daerah ku ini untuk mencari bekalan anak ke sekolah atau untuk sarapan sebelum kesekolah. maaf tiada kedai makan di waktu begini. Yang aku temui hanyalah warung-warung bungkus, dengan pelbagai bungkusan makanan yang perlu take-away. Dan seawal pagi itu aku temui pelbagai jenis makan di luar akal: nasi lemak, nasik ayam, nasi minyak, mee kari, laksa penang, sate ayam, nasi himpit, karipap ikan, karipap daging, hot-dog, roti arab. roti jala. Semuanya boleh di makan di waktu pagi. Dan aku mencuba nasik ayam di waktu pagi. Anak ku menyukainya!
Selepas raya 2013, nafsu makan meuncak-muncak dan akhirnya aku temui sebuah kedai pagi. sebelum ini tidak pernah aku perasan. Tapi kini setiap kali aku melaluinya, pasti berdiri lelaki-lelaki berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelikat, menanti bungkusan masing-masing. Dan ia adalah sebuah kedai nasi kerabu!
Bahkan aku selalu juga melalui sebuah gerai burger 24 jam!, kerana aku tidak pernah lihat ia ditutup dan melihat pembelinya di awal pagi. Rupanya ada peminat burger di awal pagi. Bukan ke MCD ada buat package breakfast!
ah, aku cuma ingin menyatakan bahawa pagi itu penuh dengan rezeki yang melimpah ruah kepada sesiapa yang ingin mencarinya!
** tambahan
aku dengari di dalam radio,
“Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Riwayat Tabrani)
“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)
No comments:
Post a Comment