Aku tidak mahu jadi lembu yang tiba-tiba masuk ke jalanraya ketika aku sedang meluncur laju dan memaksa aku menekan brek kecemasan. Setelah beberapa kali memberi hon lembu itu masih disitu seperti seekor raja dengan singahsananya. Dan aku terpaksa memulas stering kereta ke arah lain dan dia pun pura-pura berganjak dengan perlahan sekali.
Ketika aku sedang beratur cantik menanti anak balik sekolah seperti orang lain, ada sebuah kereta yang di pandu oleh orang yang mungkin ada kaitan dengan lembu di atas. Memandu dan terus berhenti ditengah satu-satunya jalan keluar yang ada disekolah itu. seorang perempuan keluar dari perut kereta lelaki berhati lembu , dan aku lihat beliau melilau-lilau mencari sesuatu, mungkin anak si lelaki berhati lembu itu atau mungkin anak nya juga. Dan aku terus memerhati, Sebuah kereta ingin keluar dari barisannya, dan bersusah payah memulas stering mencari ruang kosong antara kereta lelaki berhati lembu itu. Kereta lelaki berhati lembu itu, masih disitu tidak bergerak seperti tiada apa-apa, persis lembu yang aku temui tadi. Dan, kereta itu berjaya menyelit keluar,
Sebuah kereta lagi ingin keluar, tetapi kali ini, laluan beliau amat sukar, kerana sedikit dihalang oleh lelaki berhati lembu itu, satu hon dibunyikan, bukan dengan segera, kereta lelaki lembu itu bergerak sedikit ke depan memberi ruang kepada kereta yang ingin keluar. Tapi kereta itu hanya mampu mengeluarkan bontotnya sahaja. Satu lagi hon dibunyikan, Dan kereta berhati lembu ini, bergerak sedikit-sedkit dan akhirnya berlalu. Kereta itu keluar dengan jayanya. Dan aku lihat kereta lelaki berhati lembu ini kembali disitu !
Maaf, aku tidak memarahi manusia itu, aku cuma memarahi lembu yang ada dalam diri mereka.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment