Thursday, September 19, 2013

Sebuah Dongeng Hampir Nyata

Malam tadi aku melihat 2 buat jentera angkasa yang berbentuk V terbalik, terbang melintasi ruang angkasa rumahku. Dan tiba-tiba, sebuah daripadanya meletup kerana di langgar sebuah droid. dan sebuah lagi masih lagi melilau-lilau disitu menunjuk lagak berani.

Setelah itu, aku mendapat tahu, droid itu dilancarkan oleh tentera malaysia dan jentera angkasa berbentuk V itu ialah mungkin sebuah jet tentera amerika. dan aku mendapat tahu kita telah diserang amerika.

Ketika peristiwa itu berlaku aku sedang menunjukkan sebuah teknologi baru kepada seorang kawan yang aku pasti memang lebih pandai dari aku kerana ia melihat ciptaan ku ini secara sambil lewa dan perbualan kami terhenti kerana tiba-tiba awan putih disulami langit biru tiba-tiba bertukar menjadi sebuah helikopter pengangkut yang besar, lantas menerjunkan tentera-tentera amerika ke bumi ku ini.

Aku masih tidak lari kerana ketika itu aku adalah seorang saintis dan aku terpegun dengan teknologi samaran itu. Dalam kekalutan itu, aku merasa mereka masih bodoh kerana membukakan penyamaran mereka ketika mereka mahu menurunkan askar-askar tadi. Aku merasakan ia adalah lebih baik jika penyamaran itu tidak dibuka langsung, jika berlaku sebaliknya aku hanya akan melihat, askar-askar yang tiba-tiba keluar dari awang dan langit biru. Itu lebih baik dan amat menakutkan.

Ketika itu juga aku terfikirkan kenapa tentera mereka tidak menggunakan teknologi samaran seperti helikopter pengangkut mereka. sedangkan itu lebih baik dari membiarkan kami nampak tentera-tentera mereka sedangkan mereka sudah pun menggunakan teknologi tersebut ke badan helikopter mereka. Kenapa tidak dipanjangkan sahaja kepada baju-baju tentera mereka.

Tiba-tiba, nama ku dipanggil beberapa kali diruh melarikan diri. Dan aku masih lagi keliru kenapa kampus yang berkait dengan kelautan ini menjadi sasaran. Apakah yang kami cipta disini?

nama ku terus dipanggil beberapa kali, dan aku menyahut sambil mindaku masih cuba menterjemah dan memahami kekeliruan ini.

Satu teriakan namaku yang kuat kedengaran!


Ahhh. Aku bermimpi lagi........

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...