Tuesday, November 12, 2013

C++

Aku sedang membaca sebuah buku yang bertajuk " C++ Programming From Problem Analysis To Program Design", tiba-tiba anak yang paling kecil  datang dan memulakan soalan mukaddimah.

"Ayah!, (A) lebih baik dari (C) kan? (selepas dialih ke bahasa melayu baku).

"Ya", aku menjawab ringkas, kerana konsentrasi bacaan sedang mencapai tahap zuk!

Sedikit-sedikit pertanyaan ini mengganggu kezukkan aku, kerana dia tidak akan habis dengan satu soalan sahaja.

"Habis tu, kenapa baca buku C++?, Bacalah buku A++", sepertimana yang aku jangkakan, soalan cepumas sudah keluar dari mulut beliau.

Kezukkan aku mulai renggang dari minda, dan minda pun beralih kepada soalan yang remeh ini. Otak berputar ligat mencari jawapan paling logik untuk soalan dari budak darjah 1 ini.

"Ooooooooooo, macam ni, sebenarnya, kali pertama C dicampurkan, ia bersamaan dengan B, jadi, bila dua kali C dicampurkan ia bersamaan dengan A, Jadi buku ini setaraf lah dengan buku A"

C+ sama dengan B, dan C++  sama dengan A"

Dia pun berlalu pergi bersama dunia keanakkkannya meninggalkan aku dengan dunia keintelekkan ku. Dan terlintas difikiran ku, mungkin inilah sebab sebenar ia dinamakan C++ oleh penciptanya Bjarne_Stroustrup.

......

Hari ini aku diberitahu keperluan aku membaca buku tersebut sudah dihapuskan! Aku perlu membaca buku yang lain pula


Thursday, November 07, 2013

Sebuah Bilik dan Sebuah Komputer

Masa berlalu amat pantas, dan aku masih lagi berada di dalam kekeliruan di antara rehat yang panjang (kerana aku bekerja dari rumah) dan tugasan hakiki disebuah ruang pejabat yang tidak punyai apa-apa selain sebuah meja, 3 buah kerusi dan sebuah komputer serta sebuah printer.

Sedar tidak sedar, aku sudah hampir sebulan tidak menggunakan perisian windows dalam kehidupan ini. Dan aku tidak pula merasai kehilangannya. Detik ini terjadi kerana aku dibekalkan dengan sebuah komputer yang pantas tetapi tidak boleh diupdate windowsnya. Ini menyebabkan ia pantas diserang oleh virus dan bakteria komputer.  Komputer desktop yang diberikan ini juga dikunci supaya perkakasan dalaman seperti ram, cpu, grafik card dann hard disk tidak dicuri oleh aku (agaknya) kerana hanya aku yang ada access ke bilik ini.

Menggunakan komputer desktop ini membuatkan aku merasa susah, kerana perlu menyalin setiap data yang ada ke dalam pendrive untuk digunakan pula di komputer di rumah. Pada masa sekarang aku sudah jarang menggunakan laptop 13 inci yang aku banggakan dulu, kerana mata ku sudah tidak cukup kuat untuk mengendap huruf-huruf dan nombor yang aku rasakan semakin kecil dalam skrin berkenaan atau mungkin sebenarnya mata ku sudah letih untuk mengendurkan urat-uratnya. (aku akui itu)

satu ketika dulu, ketika aku ingin berpindah dari bilik yang lama dan terpaksa menyerahkan komputer yang lama, banyak sekali dvd yang aku gunakan untuk backup dan banyak juga data yang terpaksa ku tinggalkan kerana tidak cukup duit untuk beli dvd. Aku tidak ingin perkara yang sama berlaku lagi. 

Akhirnya, aku membuat instalasi Ubuntu Linux ke dalam sebuah hard disk dan menggunakannya di sebuah desktop dirumah, dan aku membawa sebuah desktop lain ke pejabat dan menjadikan hard disk itu betul betul portable.

Aku rasa setakat ini, masalah mata yang rabun , dan msalah menyalin data tidak lagi timbul. kerana aku sudah gunakan monitor 24 inci dirumah dan pejabat dan sebuah hard disk 320GB yang masih lagi tidak penuh!



Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...