Aku sedang membaca sebuah buku yang bertajuk " C++ Programming From Problem Analysis To Program Design", tiba-tiba anak yang paling kecil datang dan memulakan soalan mukaddimah.
"Ayah!, (A) lebih baik dari (C) kan? (selepas dialih ke bahasa melayu baku).
"Ya", aku menjawab ringkas, kerana konsentrasi bacaan sedang mencapai tahap zuk!
Sedikit-sedikit pertanyaan ini mengganggu kezukkan aku, kerana dia tidak akan habis dengan satu soalan sahaja.
"Habis tu, kenapa baca buku C++?, Bacalah buku A++", sepertimana yang aku jangkakan, soalan cepumas sudah keluar dari mulut beliau.
Kezukkan aku mulai renggang dari minda, dan minda pun beralih kepada soalan yang remeh ini. Otak berputar ligat mencari jawapan paling logik untuk soalan dari budak darjah 1 ini.
"Ooooooooooo, macam ni, sebenarnya, kali pertama C dicampurkan, ia bersamaan dengan B, jadi, bila dua kali C dicampurkan ia bersamaan dengan A, Jadi buku ini setaraf lah dengan buku A"
C+ sama dengan B, dan C++ sama dengan A"
Dia pun berlalu pergi bersama dunia keanakkkannya meninggalkan aku dengan dunia keintelekkan ku. Dan terlintas difikiran ku, mungkin inilah sebab sebenar ia dinamakan C++ oleh penciptanya Bjarne_Stroustrup.
......
Hari ini aku diberitahu keperluan aku membaca buku tersebut sudah dihapuskan! Aku perlu membaca buku yang lain pula
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Tuesday, November 12, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment