Aku melihat sekumpulan lembu, mungkin dalam 8 hingga 10 ekor meragut rumput ditepi pagar batu rumahku dengan penuh bebas dan mungkin penuh keriangan juga. Aku katakan mungkin kerana aku tidak reti mentafsir riak keriangan pada wajah lembu-lembu ini dan aku katakan mungkin kerana mereka merenung aku ketika di sergah seolah-olah mengganggu keriangan mereka.
Aku menyergah mereka kerana aku bimbang. Selain dari meragut rumput, mereka akan melepas hajat mereka disitu, meninggalkan bau-bau yang kurang menyenangkan. Nasib baik, musim hujan begini, bau-bau ini tidak kekal lama, dibersihkan oleh air yang turun dari bukit.
Walaubagaimanapun, mereka sedikit pun tidak terkasima dengan sergahan aku, malahan mendongak memandang seolah-olah marah! Bukan seekor, bahkan hampir kesemuanya begitu. Aku membaling sebiji batu agar mereka berganjak, tapi sedikit pun mereka tidak mengendah balingan batu yang aku tidak tujukan pada badan mereka itu, melainkan terus mengunyah-nguyah rumput hijau yang benihnya sengaja ditaburkan oleh tuan punya lembu ketika kawasan rumah ku masih lagi kosong dulu.
Tiba-tiba aku ternampak seekor lembu jantan muda berwarna hitam berkilat macam kuda "black beauty". Cantik sekali ciptaan Tuhan, walaupun terletak pada seekor lembu, tapi kecantikkan itu tetap menyerlah. Lantas fikiran setan menusuk masuk, "Kenapa engkau tak tangkap je lembu itu, bukannya Tuannya tahu pun?"
Aku masih lagi melihat lembu-lembu ini meragut rumput, hati malaikat ku berkata "Kerana aku orang islam, aku tidak boleh mengambil harta orang lain sesuka hati, islam ada peraturan untuk semua ini demi jaminan sebuah kehidupan yang baik di sana juga disini"
Melihat lembu-lembu ini, aku merasakan negaraku ini adalah negara yang paling aman kerana lembu-lembu ini lepas bebas ke sana ke mari oleh tuannya yang tidak risau lembu-lembu akan dicuri orang atau tidak! Sedangkan ruang dan peluang untuk mengambil lembu ini tetap ada seperti persekitaran rumah ku ini yang dikelilingi oleh hutan pokok-pokok kecil. tetapi kenapa ia jarang-jarang berlaku? Hati ku menjawab, inilah hakikat kehidupan yang mempunyai roh islam.
Namun, kecurian lembu tetap berlaku macam cerita musang berjanggut. Pernah dulu ada cerita dalam suratkhabar, pencuri menyuntik lembu dengan obat pelali dan ketika lembu tu sedang pening-pening ia dimasukkan ke seat belakang dan lepak diam disitu.
Kerana melihatkan gaya memelihara lembu yang mudah dan ringkas di kejiranan ini, aku pernah meminta seekor anak lembu atau kambing dengan seorang towkey lembu. Dia tanya, camner nak bela? Aku jawab lepas bebas je lah tepi pagar rumah! Dia berkata, kalau tak de kawasan sendiri tak payah lah membela lembu nanti kena sumpah seranah orang jer. Kesannya kita tak tahu!
Jadi, disebalik kelangsungan kebebasan menternak lembu dengan cara ini, tuan-tuan lembu hendaklah juga islamik dalam pemikiran mereka. Bukan disebabkan oleh orang lain islam, tidak mengambil lembu mereka, tidak bermakna mereka boleh lepas bebas lembu-lembu mereka. Mereka juga hendaklah mengambil kira nasib orang lain yang mendapat "faedah" dari lembu-lembu mereka, seperti berak dan kencing merata-rata, pucuk pokok yang tak pernah tinggi dan gangguan fizikal atau pun mental dari lembu-lembu mereka itu. Aku teringat ketika perasaan dan fikiran ku sedikit terganggu apabila terpaksa brek dengan tiba-tiba dan menunggu hampir 10 minit kerana kawanan kerbau dalam 40 ekor melintas jalan. Bukan melintas macam budak sekolah, tapi macam-macam gaya ada.
Jika tuan-tuan lembu ini berfikiran sebegini, sudah pasti tiada lembu kambing yang ada di jalanan.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment