Selepas menyelesaikan tugas di Kuala Lumpur, aku memandu keluar dari bandar raya metropolitan itu dengan senang hati. Oleh kerana perjalanan ini adalah perjalanan santai lantas aku teringin melihat keindahan alam disudut yang lain sambil menyahut seruan kerajaan yang menyuruh rakyatnya menggunakan jalan biasa disebalik highway. Jadi aku membuat keputusan untuk melalui jalan lama karak menuju ke Kuantan. anak-anak mula merungut kerana mereka teringat cerita seram yang bertajuk "Karak". Tetapi diwaktu siang sebegitu, mereka berjaya dipujuk membuang khayalan mereka yang tidak bagus itu.
Aku mengesyaki, Filem 'Karak' adalah filem dakyah menakutkan rakyat jelata dari menggunakan jalan biasa. (Ini hanyalah pendapat aku sahaja, org lain aku tak peduli)
Setiba di persimpangan karak lama dan highway pantai timur aku pun masuk ke kiri menunaikan keputusan tadi. Sebentar melalui jalan itu, sebuah lori tangki memotong laju dan aku terkial-kial melihat jalan didepan mencari arah untuk dituju. Tiba-tiba aku melihat papan tanda yang tertulis " Lancang, Termeloh dan Kuantan ' dengan anak panah ke kiri. Tanpa lengah aku terus masuk kekiri. Melalui jalan yang sedikit berselekoh itu aku sedinit gembira kerana hajat di hati hampir tercapai.
Tiba-tiba kereta ku menyusur keluar ke jalan utama kembali dan di depan ku tersegam pondok tol. Argh, aku kembali ke lebuhraya yang sudah tiada titik pusing!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment