Wednesday, January 08, 2014

Ce Fikir Kejap!

Aku balik kampung. Aku selongkar buku-buku lama yang aku beli sejak aku mula pandai membaca. Antara banyak-banyak tersebut, aku temui sebuah buku teka-teki tahap gaban! Rupa-rupanya aku ini jenis suka cabaran, terutamanya  cabaran yang melibatkan otak, lagi berbelit lagi mencabar rasanya!

Antara soalan yang aku suka ialah:

1. Abu berusia 12 tahun. Dua tahun yang lepas usianya ialah 2 kali ganda lebih tua dari adiknya, Ali.
     a. Berapakah usia Ali sekarang?
     b. Berapa Usia Abu ketika Ali dilahirkan?
     c. Berapakah usia Abu, apabila usia Ali adalah 2 kali ganda usia Aminah Sekarang?
    d. Bilakah kedua-dua usia mempunyai usia yang sama?

2. Proton Saga = 10, Honda Accord = 11, Nissan Sunny = 11, Perodua Viva=?

3. PErkataan bahasa malaysia yang mengandungi semua abjad berikut ==>  A A A A K M R S T Y

Ce jawab, Ce Jawab!



No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...