Masa berlalu amat pantas, dan aku masih lagi berada di dalam kekeliruan di antara rehat yang panjang (kerana aku bekerja dari rumah) dan tugasan hakiki disebuah ruang pejabat yang tidak punyai apa-apa selain sebuah meja, 3 buah kerusi dan sebuah komputer serta sebuah printer.
Sedar tidak sedar, aku sudah hampir sebulan tidak menggunakan perisian windows dalam kehidupan ini. Dan aku tidak pula merasai kehilangannya. Detik ini terjadi kerana aku dibekalkan dengan sebuah komputer yang pantas tetapi tidak boleh diupdate windowsnya. Ini menyebabkan ia pantas diserang oleh virus dan bakteria komputer. Komputer desktop yang diberikan ini juga dikunci supaya perkakasan dalaman seperti ram, cpu, grafik card dann hard disk tidak dicuri oleh aku (agaknya) kerana hanya aku yang ada access ke bilik ini.
Menggunakan komputer desktop ini membuatkan aku merasa susah, kerana perlu menyalin setiap data yang ada ke dalam pendrive untuk digunakan pula di komputer di rumah. Pada masa sekarang aku sudah jarang menggunakan laptop 13 inci yang aku banggakan dulu, kerana mata ku sudah tidak cukup kuat untuk mengendap huruf-huruf dan nombor yang aku rasakan semakin kecil dalam skrin berkenaan atau mungkin sebenarnya mata ku sudah letih untuk mengendurkan urat-uratnya. (aku akui itu)
satu ketika dulu, ketika aku ingin berpindah dari bilik yang lama dan terpaksa menyerahkan komputer yang lama, banyak sekali dvd yang aku gunakan untuk backup dan banyak juga data yang terpaksa ku tinggalkan kerana tidak cukup duit untuk beli dvd. Aku tidak ingin perkara yang sama berlaku lagi.
Akhirnya, aku membuat instalasi Ubuntu Linux ke dalam sebuah hard disk dan menggunakannya di sebuah desktop dirumah, dan aku membawa sebuah desktop lain ke pejabat dan menjadikan hard disk itu betul betul portable.
Aku rasa setakat ini, masalah mata yang rabun , dan msalah menyalin data tidak lagi timbul. kerana aku sudah gunakan monitor 24 inci dirumah dan pejabat dan sebuah hard disk 320GB yang masih lagi tidak penuh!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment