Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Wednesday, October 29, 2014
Proton Iriz
Proton Preeve sudah lama aku reject kerana rekabentuknya bukan kesukaan hati. Tambahan pula ia kelihatan "fesyen lama". Jadi aku tidak terus kepada perincian, kerana pandang pertama tidak memberikan cinta padaku. Kini aku cuba mencari kelebihan terperinci yang ada pada supreme setelah aku sukai ia pada pandangan pertama.
Aku berulangkali membaca spesifikasi proton supreme dan semakin lama ia semakin menusuk ke dalam hati. Walaupun lebih mahal dari vios dan city, aku masih belum punyai alasan untuk menolak piihan hati ini. Namun, satu ketika aku terpandang pandangan depan sebelah menyebelah dengan prevee. Aku terkasima. Ia serupa dan cinta ini aku campakkan pula kepada Iriz.
Saturday, October 18, 2014
Kue Tradisional
Budok-budok lening, koho dog kenal makanang tradisi,
soh beng kate kue, nasik pung tuko bimbo lagi,
nok wat guaner, makanang lening modeng belake,
orang mude tak boh belajo, nok ngarak ke orang tue sokmo,
yer gi paso malang , kheling-kheling kue datah meje,
nok tanye malu, pahtu hok jual tanye nok pebende,
wat wat mikir, tunjuk tunjuk koleh kacang,
pah tu parok, die gi kabo, ambe nok tok aji serbang,
tukang jual senyum khissing, pah tu yer kabo,
bukang hok ning, tok aji serbang tak dop sining, hoh
ce mung gi ita tepat laing,
ambe jual koleh kacang, beke ubi, belebak pisang,
kue baik, tepung gomok nasik kapik sambal ade gok,
hok tepi ambe jual nganam, kue bako, bubur pulut itang,
hoh ade gok putu bambu, rojok kateh, bronok sagu,
ahhh tengok tengok kot ade kennang,
maner tau ork, hooo kenal kue dak pe doh,
ke waner, mek, awang.
Thursday, October 16, 2014
Geolocation
You are at:
lokasi ketika dibuka di kuala lumpur: Latitude: 3.1322149, Longitude: 101.687702
Ini
lokasi ketika dibuka di kuala lumpur: Latitude: 3.1322149, Longitude: 101.687702
Wednesday, October 15, 2014
HTML5 - Android
Kat dalam ni ada satu gambar android warna hijau sebesar penumbuk, tapi ia dibuat dengan menggunakan konsep canvas yang diperkenalkan dalam html5. Kalau korang tak nampak maknanya browser korang tak support html5 canvas. cuba buka guna google chrome, insyaAllah nampak.
Monday, October 13, 2014
Hujan , Sesat dan Seorang Amoi Yang Merokok
Cuaca tidak begitu baik, semua penumpang diminta berada di tempat duduk masing-masing dan memasang tali pinggang keledar , bunyi suara dari speaker kapal terbang yamg aku naiki, aku memandang ke tingkap, sekali sekala bila lampu sayab kapal terbang berkelip, aku lihat titik hujan berkabus berebut untuk jatuh. Aku dapat membayangkan, hujan diluar sana sangat lebat. Sekali sekala kapal terbang bergegar kuat. Kadang-kadang ia turun mendadak membuat perut terasa geli tanpa raja lawak.
Aku terus memejamkan mata kerana aku memang rasa mengantuk, malam tadi aku tidur sedikit lewat kerana melakukan explorasi linuu. Jadi peluang ini, aku ambil untuk melayan mata yang mengamtuk. Setiba di KLIA 2, aku rasa ia sedikit lewat, Ini kali pertama aku tiba ke KLIA 2, jadi aku sedikit lambat mengatur langkah kerana berjalan sambil melihat sekeling serta membaca arahan/papan tanda mencari arah ke tempat pengambilan bagasi. Akhirnya, dalam kessusahan yang senang itu, akhirnya aku sudah berada di dalam perut bas menuju ke KL Central.
ahhhhhhhhh ngantuk ah.. lain kali aku sambung....
Aku terus memejamkan mata kerana aku memang rasa mengantuk, malam tadi aku tidur sedikit lewat kerana melakukan explorasi linuu. Jadi peluang ini, aku ambil untuk melayan mata yang mengamtuk. Setiba di KLIA 2, aku rasa ia sedikit lewat, Ini kali pertama aku tiba ke KLIA 2, jadi aku sedikit lambat mengatur langkah kerana berjalan sambil melihat sekeling serta membaca arahan/papan tanda mencari arah ke tempat pengambilan bagasi. Akhirnya, dalam kessusahan yang senang itu, akhirnya aku sudah berada di dalam perut bas menuju ke KL Central.
ahhhhhhhhh ngantuk ah.. lain kali aku sambung....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...