Sunday, February 15, 2015

Rambut

Aku sekarang berada di kedai gunting rambut. Pelanggan keluar masuk dengan pelbagai fesyen rambut yang terkini oleh tukang gunting. dari fesyen yang biasa sehinggakan ke fesyen yang nampak ganas. tetapi tukang gunting tak boleh disalahkan dalam hal ini. Ia hanya menjalankan perniagaan, sebaliknya kesedaran mesti ada pada tuan punya rambut sendiri.

Sepanjang aku berada disini, kebanyakkan fesyen rambut yang popular ialah nipis tepi tebal tengah, macam apache. Dari budak sekolah sampai ke org muda. Tapi orang tua masih lagi dengan style biasa.

Aku teringat, sekolah memang mempunyai peraturan rambut bagi lelaki. Tetapi, peraturan itu memang senang untuk di ikuti secara keji. Contohnya, seorang pelajar disyaratkan berambut pendek. tetapi, bila pelajar berambut pendek sperti skin head, peraturan masih lagi tidak dilanggar cuma style skin head tidak sesuai untuk dibawa ke sekolah secara beramai-ramai. Nampak macam penjara lah sekolah tu nanti.

Bila ronaldo membuat fesyen jambul, ramai pelajar ikut, bila ada fesyen apache pun ramai pelajar follow. tapi semua fesyen masih mengikuti peraturan sekolah, cuma ia kelihatan jelik dan ganas.

Jadi bagaimana harus peraturan itu dikuatkuasakan?

bersambung..

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...