Part I
setiba di kl central jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 malam. Aku pun memanjat tangga mengikut bontot pramugari dan pramugara air asia yang turut serta dalam bas tersebut. Di kiri dan kanan hanyalah tembok bisu
Lantas masuk ke dalam perut KL central. Hanya ruang yang luas dengan jumlah orang yang boleh dikira dengan jari. Hanya kedai seven e sahaja yang dibuka. Pramugari/gara terus menuju ke escalator yang aku tidak tahu ke mana. Dan aku terus ke seven-e mengisi telefon.
Beberapa kali aku menelefon kawan yang sealiran, namun tidak berjawap. Aku menuju ke arah pintu masuk utama. Lantas melihat kelibat pak guard yang bertugas aku terus tanyakan soalan. Jawapan yang diberikan ialah hala ke sana (arah aku naik tadi) dan melintas jalan.
Tiada pilihan, kembali semula ke sana dan turun ke tempat bas. Stelah berlegar-legar, aku nampak ada satu lorong, melalui lorong tersebut aku tiba ke jalan tun sambathan. Hujan renyai-renyai. Sebuah bangunan baru siap mungkin, dan seorang guard perempuan di dalamnya di kaunter di sebelah ku. Aku masuk dan bertanya lagi. Jawabnya, dia tak berapa pasti.
Aku mengucapkan terimakasih dan keluar. Aku memerhati dari kanan ke kiri. Tidak pasti arah mana harus ku tuju. Lantas, ilham mengajak aku ke kiri. Aku berjalan sambil mengheret sebuah beg tayar dan dibelakang ku sebuah backpack untuk laptop. Dalam renyai-renyai aku berjalan-jalan di susur-susur banggunan yang ada.
Teksi yang lalu memperlahankan gerakan. Tapi aku tak layan. Tiba-tiba ternampak bayang seseorang. Sedikit gempal, tapi pendek, Muka bulat dan sedang merokok, duduk berseorangan sahaja. Hanya itu yang aku nampak dalam kesamaran tersebut. Aku mendekati dan bertanya lagi.
OH, sebelah sana je, kena lintas jalan nie. Kalau nak senang naik jejantas je, turun jejantas ada satu lorong , masuk terus jumpa. Tapi lorong tu bahaya sikit tengah-tengah malam nie. Baik U , lalu ikut bank sebelah sini dan lalu ikut kedai makan, itu lebih selamat. Aku mengucapkan terimakasih, Rupanya, dari slang dia bercakap rasa tidak syak lagi dia seorang cina.
Aku pun terus mengikuti arahan yang diberi, melalui restoran mewah yang didepan atau ditepinya ada warung-warung dhaif. Kadang-kadang terpijak lopak air yang aku rasakan seperti air longkang. Tidak beberapa lama tersegam di depan ku hotel yang aku cari. Aku terus masuk dan check-in. Jam di dinding hotel menunjukkan pukul 1.30 pagi. Alhamdulillah.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment