Tahun 2015 menyaksikan banyak motor-motor besar yang terkini berada di jalan raya dan banyak pula dipandu oleh orang orang muda yang berhati keras. Jika nak dibandingkan dengan beberapa tahun dulu, ia amat berbeza. Dulu-dulu, jarang-jarang boleh jumpa motor besar di jalanraya, kalau jumpa pun, model yang dah lama dan pemandunya pula, kalau dibukak fullface, dapatlah dilihat brokenface! Maksud aku muka pecah seribu kerana dah tua. Dan jarang-jarang juga dapat dilihat mereka ini membawa pembonceng. Ye lah, dulu-dulu moto besar hanya diblei tunai, jadi yang mampu beli hanyalah mereka yang sudah established yang bermaksud mereka yang tua-tua aje lah yang mampu beli!
Sekarang fenomena ini amat berbeza, setiap hari minggu pasti berjumpa aje dengan kumpulan motor besar keluar bermain. Kdang-kdang sedikit aje dalam 5 6 orang, kdang kadang sangat ramai sehingga 3 hingga 4 puluh orang. Sesak jalanraya dibuatnya. Dan ramai pulak ahli-ahlinya terdiri dari orang muda yang berpendapatan pertengahan, maksudnya berkerjaya sehingga dipercayai oleh bank untuk membuat pinjaman bank untuk beli motor! Aku tak kisah pun, ikut suka diaorabg lah.
Yang aku kisah sangat ialah, kelakuan dan perangai orang muda yang memandu moto besar nih, membuat orang tua macam aku boleh sakit jantung. Mungkin tidak sengaja tetapi ia amat menyakitkan.Gaya mereka sudah tidak ubah lagi seperti kera mendapat bunga, seperti orang muda memandu motor kapcai.
RUngsing aku dibuatnya!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Saturday, June 13, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment