Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Sunday, May 24, 2015
Perangkap Mimpi
Aku terbangun dari sebuah mimpi yang menyeramkan, dan aku dapati aku berada di suasana yang sangat berlainan. Seolah aku berada di alam lain. Aku mengigit-gigit bibir mencari bukti aku tidak bermimpi. Ah sakit, dan aku sememangnya tidak bermimpi, datang makhluk berterbangan ingin merampas naskah yang aku perolehi dari mimpi tadi. Dan aku gagal mengawal naskah tersebut. lantas aku terbangun lagi dari mimpi. Aku dapati aku sudah berada di dalam sebuah kereta yang di pandu keluar dari rumah yang mengadakan kenduri doa selamat. Tetapi jalan yang dilalui sangat berbeza dengan jalan masuknya. Disebelah kiri adalah perkuburan cina dan kristian yang bercampur gaul, manakala sebelah kanan adalah perkuburan muslim dengan nisan berceracak, tiada kenderaan melalui jalan itu. Aku sesekali terbabas ke kiri dan kanan jalan kerana mata asyik melihat batu-batu kaku di perkuburan tersebut. Di hadapan ada sekumpulan anak-anak bermain. Jalan mati kata mereka apabila ditanya. Aku terus mengundurkan kereta dengan laju, kerana anak-anak itu kelihatan lain sekali. Dan kereta terus terbabas melanggar sebatang pokok di tepi jalan. dan aku terbangun lagi dari mimpi dan tangan sedang memegang sebuah naskah yang aku komen kerana sudah terlalu tua untuk dipublishkan, omelan rupanya tidak disenangi tuan punya naskah tersebut yang pendek dan berkaca mata itu. Dia membuka mulutnya seluas-luasnya ingin menelan aku hidup-hidup, dan suaranya gegak gempita. Aku ketakutan dan aku sedari bunyi azan yang kejauhan menguatkan semangat untuk hidup dan mengejutkan aku dari mimpi. Aku sedari aku berada di atas katil, aku masih mencari tanda-tanda adakah aku masih di alam mimpi atau sudah bebas dari perangkap mimpi itu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment