Becerita tentang muzik, tanpa sedar kecintaan kepada muzik ini berubah-berubah. Hendak dikatakan berubah mengikut usia aku tidak mahu mengiyakannya!
Sedari kecil aku sudah didedahkan dengan muzik. Setiap malam aku dengar bunyi radio sayup-sayup di malam hari. Bukan kerana bapaku suka mendengar lagu tetapi mungkin dia mahu mendengar berita terkini yang mungkin diwar-warkan melalui radio. Itu yang aku rasakan.
tetapi kecintaan pada muzik ini aku rasakan seakan tiada ketika aku bersekolah rendah. Melainkan suka menonton cerita-cerita bersiri seperti combat dan six million dolar man, aku tidak banyak melayan karenah dunia muzik pada waktu itu.dan aku tidak menonton muzik muzik kerana tv3 masih belum ada coverage kat kampung aku.
Memasuki tingkatan satu, seingat aku pernah punyai sebuah walkman, tetapi aku tidak ingat apa lagu yang aku mainkan ketika itu. ya memang aku tidak ingat langsung. Tetapi walkman inilah yang menyebabkan pendengaran ku ini sedikit tercalar!
Memasuki tingkatan 4, aku mula didedahkan dengan rock. Pada waktu tersebut genre rock sedang memegang industri muzik negara. Dengan ledakan ini, pelbagai kumpulan muzik muncul ditambah pula dengan pelbagai pertandingan muzik rock peringkat kebangsaan, menyemarakkan lagi perkembangan rock ini. Tapi aku hanya sekadar suka pada lagunya sahaja, bukan budayanya.
Memasuki univerisiti, kecintaan ini berubah lagi dengan meminati muzik metal. Tetapi ketika ini, yang hanya diminati hanyalah Metallica kerana metalnya lebih lembut dan jelas bunyi besinya.Dan ketika itu juga aku mula mengenali muzik klasik yang dimainkan di radio dan aku menyukainya, Tetapi aku merasakan aku terlepas satu peringkat pencarian ini kerana aku tidak pernah bertemu dengan underground. Namun, ketika aku mula berkerja aku pernah membeli sebuah kaset "Carburetor Dung" di central market.
Melalui metal dan underground ini, aku mula merasakan fungsi muzik untuk melepaskan perasaan ketidakpuasan hati dan menyuarakan pendapat tentang keseimbangan sosial yang senget. Namun, ia hanya di fahami oleh penulis lirik dan segelintir pendengar yang berfikir. Itu lah pandangan ku ketika itu.
Meniti usia, aku dapati muzik adalah universal, aku boleh mendengar lagu jepun yang aku tidak faham apa satu dengan rentak punk, aku boleh dengar lagu bollywood dan lagu arab, apatah lagi lagu-lagu tahap tinggi seperti lagu m, nasir. aku dengar kesenuanya.
Namun sekali metal, metal selamanya. Sekarang aku lebih senang mendengar classical metal. Iaitu muzik klasik tetapi dimainkan secara metal. Walaupun tidak mempunyai lirik, tetapi aku dapat rasakan perasaan yang ada dalam lagu tersebut antara yang aku minati ialah 'Four Season" oleh vivaldi. Tetapi pada masa yang sama aku juga mendekati melodic metal, yang juga aku rasakan menpunyai cerita dan perasaan dalam lagu mereka seperti forest of shadow.
Tetapi muzik adalah tidak terhad, ciptaan pemuzik bebas yang suka-suka memasukkan ciptaan mereka ke youtube kadangkala lebih ada rasa dan lebih muzikal seperti tunelari.
Ah....Muzik hanya untuk suka-suka aje sebenarnya. Kalau hati tidak suka, mendegarnya pun tidak lalu.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Friday, May 01, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
aku boleh mendengar apa sahaja jenis muzik. akhir2 ini minat pula radio1 .lagu2 klasik.
ReplyDelete