Friday, January 15, 2016

Banyak Cerita

Tahun baru menjelma, dan aku punyai banyak sekali cerita di dalam jiwa.

Mungkin cerita tentang pakcik berseban bawak kereta laju bangat!

Mungkin juga ibu budak yang bebas parking di kawasan sekolah menunggu anak sehingga menghalang lalu lintas, sedangkan anak mereka ingin dididik supaya menjadi manusia berhemah!

Bahkan aku juga punyai cerita tentang cinta yang susah sekali untuk dirungkaikan terutama apabila seakan angin menerpa badan dan rambut ku punla mula mengerbang ketika aku teringat kepada seseorang. Bahkan aku masih berfikir banyak kali untuk menceritakan kisah cinta ini.

Kadang-kadang aku juga diusek mimpi bertemu dingan "female elves" yang cantik jelita. Bahkan aku jatuh cinta lagi, mungkin bersambung juga dengan cerita cinta di atas.

Antara cerita sendiri, aku banyak juga mengelamun ke alam fantasi lain, seperti elves di atas, mungkin kerana itu aku selalu bermimpi tentang elves, nasib baik aku tidak bermimpi ditiduri oleh orc!

Dunia yang nyata ini aku pun banyak mengalami cerita, yang pastinya banyak sekali kerja yang perlu diselesaikan!

Nanti aku ceritaka perincian cerita tersebut di atas!

Thursday, January 07, 2016

Yang Bernama Cinta

Aku di dalam mood slow-rock, eh! mungkin lebih perlahan, dan tiba-tiba lagu ini dimainkan di radio

Kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
hingga aku merasa indah



entahlah..........

Sunday, January 03, 2016

Korea

Bermula dengan layan cerita-cerita korea. Sekarang mereka mula belajar makan makanan korea, mengucapkan terimakasih, menjawab telefon, membilang, marah-marah, memaki-maki dalam bahasa korea.

Pendek kata sangat obses dengan korea!

Aduhai..

Saturday, January 02, 2016

P. Ramlee

Awal pagi ini selepas semua tugasan aku membrowse dan tersangkut di index P.Ramlee. Bermula dengan lagu-lagu yang silih berganti didengari sehingga kepada scene-scene lawak dalam filem beliau. Akhirnya aku membuat kesimpulan.

1. Masa paling best untuk belajar ilmu batin ialah ketika hujan. (rujuk pendekar bujang lapuk)

2. Sebenarnya tiada jin yang berasaskan warna seperti jin merah, jin kuning dan sebagainya ( rujuk pendekar bujang lapuk)

3. Tempat yang paling selamat untuk bertapa ialah bawah pokok tepi rumah sendiri.

4. Kalau nak mengorat, baik tackle bapak dia dulu.

5. Tempat paling selamat untuk bersembunyii ialah lubang kubur (rujuk 6 jahanam)

6. Jangan cuba lari dari bayar hutang (rujuk ali baba dan 40 penyamun)

cukuplah tu.

Hepi Birthday

Second day of 2016, and I wish you all of the hepiness and may Allah always keep you safe from anything!

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...