Saturday, January 02, 2016

P. Ramlee

Awal pagi ini selepas semua tugasan aku membrowse dan tersangkut di index P.Ramlee. Bermula dengan lagu-lagu yang silih berganti didengari sehingga kepada scene-scene lawak dalam filem beliau. Akhirnya aku membuat kesimpulan.

1. Masa paling best untuk belajar ilmu batin ialah ketika hujan. (rujuk pendekar bujang lapuk)

2. Sebenarnya tiada jin yang berasaskan warna seperti jin merah, jin kuning dan sebagainya ( rujuk pendekar bujang lapuk)

3. Tempat yang paling selamat untuk bertapa ialah bawah pokok tepi rumah sendiri.

4. Kalau nak mengorat, baik tackle bapak dia dulu.

5. Tempat paling selamat untuk bersembunyii ialah lubang kubur (rujuk 6 jahanam)

6. Jangan cuba lari dari bayar hutang (rujuk ali baba dan 40 penyamun)

cukuplah tu.

No comments:

Post a Comment

Sebuah Kisah Tentang Kesetiaan

 Sepuluh tahun. Itulah tempoh masa sebuah kisah bermula dan masih berjalan hingga hari ini. Setiap pagi, setiap petang, sebuah Nissan Livina...