Tahun baru menjelma, dan aku punyai banyak sekali cerita di dalam jiwa.
Mungkin cerita tentang pakcik berseban bawak kereta laju bangat!
Mungkin juga ibu budak yang bebas parking di kawasan sekolah menunggu anak sehingga menghalang lalu lintas, sedangkan anak mereka ingin dididik supaya menjadi manusia berhemah!
Bahkan aku juga punyai cerita tentang cinta yang susah sekali untuk dirungkaikan terutama apabila seakan angin menerpa badan dan rambut ku punla mula mengerbang ketika aku teringat kepada seseorang. Bahkan aku masih berfikir banyak kali untuk menceritakan kisah cinta ini.
Kadang-kadang aku juga diusek mimpi bertemu dingan "female elves" yang cantik jelita. Bahkan aku jatuh cinta lagi, mungkin bersambung juga dengan cerita cinta di atas.
Antara cerita sendiri, aku banyak juga mengelamun ke alam fantasi lain, seperti elves di atas, mungkin kerana itu aku selalu bermimpi tentang elves, nasib baik aku tidak bermimpi ditiduri oleh orc!
Dunia yang nyata ini aku pun banyak mengalami cerita, yang pastinya banyak sekali kerja yang perlu diselesaikan!
Nanti aku ceritaka perincian cerita tersebut di atas!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Friday, January 15, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment