Kereta ku tak pernah menyakiti hatiku. Sehinggalah 2 malam lepas aku telah menykiti keretku dengan meletkkan 2 ekor ayam bersama kurungannya di seat belakang dan berlapiskan kertas surat khabar sinar.
Pagi semalam aku temui tompok-tompok taik ayam di bendul pintu. Mungkin mereka terkejut ketika aku memasukkan mereka ke dalam kereta lantas terberak terkincit-kincit. Maafkan aku kereta, aku tak sangka mereka melepas dimuka pintu.
Dan semalam keretaku mampus dipersimpangan sekolah ketika dalam perjalanan mengambil anak balik dari sekolah. Setelah aircond kereta dimatikan, aku cuba start dan ia hidup seperti biasa. Aku teruskan perjalanan sehinggalah aku perhatikan meter suhu yang sudah mencanak naik hampir menyentuh tahap maksimum. Lantas aku swift to the left betul betul di bawah pokok. Lebih teduh disitu. Engin dimatikan. Dan aku berada dalam 200 meter dari bas stand sekolah!
Aku cuba merecall ilmu ilmu enjin yang aku ada. Jadi, supaya aku tidak di salah anggap, berenti ikut suka, aku keluar dan membuka bonet depan. Dan kembali ke kusyen, meneruskan pemikiran. Oleh kerana meter suhu yang mencanak, aku terfikir untuk membuka tudung radiator. Mengambil baju yang aku gunakan untuk alas kerusi, aku membuka tudung tersebut dan aku pelik, tiada air panas yang menyembur keluar. Mungkin tangki air ku sudah betul betul kering.
Aku selalu menyimpan sebotol air di bonet belakang untuk kecemasan. Selalunya botol mineral 1.5, tapi entah kenapa kali ini aku hanya dapati botol mineral 500 l sahaja. Lantas aku tuangkan ke dalam radiator dan bunyi air tumpah ke tanah muncul tiba-tiba, sehingga habis sebotol air barulah ia berhenti. Aku mengendap sedikit ke dalam. Argh, ternampak water host yang tercabut dari radiator, Aku cuba memasukkan dan seterusnya Aku pun menelepon pomen untuk datang, kerana aku rasa aku tak mampu memasukkan kembali hosts tersebuit dengan peralatan yang terhad.
Aku biarkan kereta disitu dan mengambil anakku, kerana pelajar kelihatan sudah semakain kurang diambil oleh penjaga masing-masing samada dengan bas, motor, kereta. Dan aku pun melepak di taman permainan yang kebetulan berdekatan disitu. Angin bertiup lembut, tetapi butang bajuku 2 di atas telah kubukakan.
Pomen dtang, dan mlakukan kerja beliau. Sebuah alat, seperti dibawah di saran ditanggalkan. Dan selepas itu kereta aku semakin smooth dan sudah menghampiri turbo rasanya. Aku gembira.
thermostat kalu buang pagi2 engine lambat panas.
ReplyDelete