Akhir-akhir ini aku selalu mengimpikan kereta waja yang aku guna pakai sekarang di sumpah menjadi sebuah kereta lumba. Maksud aku injinnya di upgrade ke tahap 2.5, tak ada turbo pun tak kisah. Jadi dengannya aku boleh memecut laju menghantar anak ke sekolah apabila masa sudah suntuk dan pagar sekolah hampir ditutup.
Tetapi itu hanyalah impian semata-mata, bahkan setiap pagi aku hanya menonton dan mengelak ke tepi kereta-kereta "sedap" yang memecut laju di jalan kampung. Aku dengar cerita, kereta-kereta "sedap" ini adalah milik orang kerja petronas (jelas tu kan - maafkan jika maklumat itu salah).
Tetapi hati manusia ini kalau selalu diusik ia akan menjadi tidak sabar dan geram (tmbahan aku pula bukan orang beriman yang boleh mengurus mutmainnah dengan baik). Jadi, paling koman, kemarahan ini hanya menyusulkan kata-kata caruk di mulut. Bahkan, mulut semakin busuk dengan caruk yang pelbagai-bagai.
Kini, hati sudah tidak tahan lagi. Orang kata asyik aku aje yang beri jalan. Tak boleh dibiarkan macam tu. Kalaulah suatu hari, ada dikhabarkan org langgar lembu di jalan tersebut, jangan kau tunding jari pada aku!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment