Peralihan ke sekolah menengah bukan suatu perkara yang besar di dalam jiwa seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun. Mungkin ya kepada orang orang lain yang sebaya yang akil baligh terlebih dahulu. Tidak pada aku yang masih belum mimpi basah.
Ketika itu hanya 2 sekolah yang berprestij yang menjadi pilihan: MRSM dan Sekolah Sains. Selain dari kriteria prestij, aku tidak pasti apakah ciri-ciri lain yang menjadi ukuran untuk memasang matlamat memilih sekolah tersebut. Tetapi aku dari awal sudah tersingki dan hasrat untuk memilih pun sudah boleh diketepikan.
Pilihan yang seterusnya ialah sekolah berasrama harian. Ketika itu ada dua sekolah yang menjadi sebutan, iaitu sekolah ibrahim fikri (SIF) dan sekolah agama. Sekolah agama memang bukan impian aku, kerana aku tidak cukup baik untuk masuk sekolah agama. Tentang SIF, sebenarnya banyak yang aku tidak tahu tentang kelebihan sekolah ini. Apabila ditanya kawan-kawan yang memiih sekolah ini, jawapan yang aku simpulkan ialah berkait dengan lokasi sekolah yang dikatakan berada di kawasan bandar. Tapi semua itu tidak menarik minat aku.
Tetapi persoalan utama yang masih belum terjawab ialah kenapa harus memilih sekolah diluar dari kawasan aku sendiri, sedangkan kawasan aku ini sudah mempunyai sekolah yang tersegam indah di tepi jalan utama. Beberapa kilometer dari kampung aku. Dan sekolah ini sebenarnya automatik menjadi pilihan ke tiga. Ya sekolah ini sangat terkenal ketika itu. Cikgu-cikgu sedaya mungkin untuk tidak dihantar kesini. Bahkan ajakan guru bertumbuk adalah perkara lumrah ketika itu. Itulah cerita-cerita yang didengari dan di bawa oleh mulut ke mulut.
Ironinya, itulah sekolah menengah pertama yang aku masuki. Dan cerita-cerita yang berlegar-legar hanyalah cerita-cerita orang-orang yang kalah perang yang tidak mahu dilupakan oleh zaman.
Barisan cikgu-cikgu yang mengajar masa sekolah rendah! Semoga mereka semua dalam rohmat Allah.
No comments:
Post a Comment