Friday, August 19, 2022

Aku dan RXZ

 Baru berlangsung dua tiga hari lepas, RXZ Members 4.0. Tapi aku tak pergi pun, walaupun dekat dengan rumah aku. Aku mana ada lesen motor pun. Tapi jeles jugok tengok budok-budok bowok moto kesana ke sinun dengan bebasnya. Tetapi aku pernah memandu RXZ tanpa lesen sejauh 20KM kerana ingin mendapatkan nasihat seseorang.

Suatu ketika aku pernah bekerja di "Kilang Kacang". Kerja kat "kilang kachang" ni juga sebenarnya ada pengalaman ngeri. Aku cerita kemudian bab ngeri ni. Kalau rajin peringatkan aku.

Kerja kilang kachang ni sebenarnya gaji sangat murah. Lepasa diploma macam aku hanya dibayar RM500. Lebih kurang bayaran yang diterima ketika bekerja bawah SKIM UPEN. Tapi hidup perlu diteruskan. Walaupun gaji sikit, pandai-pandailah uruskan yang seciput tu supaya cukup. 

Justeru, sambil keje, sambil la aku mohon keje kat tempat lain. Nak jadi cerita dapatlah tawaran dari TNB. Tapi, yang tak bestnya, lokasi pekerjaan tersebut ialah KL. Aku pulak, selain dari kampus UPM, Puduraya dan Hentian Putra (dah pupus sekarang) lain-lain tempat aku tak into sangat. Masa aku belajar hari tu, aku belajar sungguh-sungguh sehingga tak ada masa nak merayau-rayau kenal tempat orang.

Kebetulan kat kilang kachang ni ada seorang staf pompuan, beritahu ayah dia pun keje TNB. Jadi pemikiran singkat aku, aku perlu jumpa ayah budak ni, untuk dapatkan sedikit nasihat berkenaan kerja di HQ TNB.

Jaman dulu-dulu, yang ada hanya perkhidmatan bas sahaja. Itu pun melalui jalan-jalan dan laluan tertentu sahaja. Untuk aku bergerak dari kilang kachang ke rumah pakcik ni, maunya perlu naik turun 2 3 bas.  Satu hal lagi. Kalau sampai kat kampung pakcik ni, aku kena menapak lagi masuk ke dalam kampung. Jadi aku singkirkan pilihan untuk naik bas.

Pada masa yang sama, aku mesti tunjukkan mancho pada pakcik yang aku nak jumpa ni. Cara paling best untuk untuk mancho mestilah ada kenderaan sendiri. Aku tiada pilihan lain lagi. Teksi memang tidak masuk akal pada ketika itu.

Ada seorang kawan punyai sebuah RXZ, dan dia seorang budak yang baik. Aku memula pikir, nak suruh dia hantar je, tapi kebetulan dia sibuk pulak. Dan aku tak kenal pula sesiapa yang lain yang mempunyai motor untuk dipinjamkan. Jadi setelah berbincang panjang dengan kawan ini, aku dapat green-light dengan mudah. Tapi masalahnya aku tiada lesen dan perlu memandu sendiri jentera RXZ itu.

Setelah berfikir-fikir tentang jalan yang selamat untuk dilalui, akhirnya satu laluan telah dikenal pasti ialah laluan tok adis - pasir panjang. Pada masa tu, jalan tok adis bukanlah seperti hari ini. Ia hanya lorong short-cut muat motorsikal untuk sesiapa merentas dari kuala ibai ke jalan pasir panjang. Setelah diteliti sebaik mungkin aku pun mengambil motor RXZ yang berwarna kuning tersebut dan memulakan perjalanan seperti yang dirancang.

Dari Kilang Kachang, aku keluar ke jalan utama Kuala Terengganu Dungun, tapi menuju ke Kuala Terengganu dan merentasi Jambatan Kuala Ibai dan seterusnya masuk ke kiri di simpang empat kuala ibai meneruskan perjalanan ke laluan tok adis - pasir panjang. Alhamdulillah semua itu berjaya direntasi dengan selamat. Dan aku kini sudah berada di jalan utama pasir-panjang kuala terengganu. Oleh keraba keyakinan siri sudah meningkat, kereta pulak tak banyak atas jalan, Aku pun mula nak menguji jentera RXZ berwarna kuning ini. AKu pun memulas minyak dengan lebih banyak dan merasa kehebatan jentera ini yang memecut dengan laju. Aku menikmati kelajuan tahap tinggi tersebut dengan gembira dan senang hati. Keadaan jalan yang lengang menambahkan lagi rasa syok mengemudi jentera ini. Tiba-tiba se ekor lembu cuba melintas jalan. Aku mengambil endah tak endah, dengan andaian aku akan berjaya melepasi lembu tersebut, aku terus memulas minyak supaya lebih pantas. Namun, kejayaan yang aku inginkan dibatasi oleh sebuah kereta yang menderum di lorong yang berlawanan, jadi aku tak boleh masuk ke lorong berkenaan untuk mengelakkan lembu yang bergerak seperti lembu itu. Terpakasalah aku menarik brek tangan dan menekan brek kaki serapatnya. Perbuatan ini mengundang padah yang lebih hebat yang mana, motor telah sendiri mewikangkan (wheelie tayar belakang) dirinya. Dalam keadaan tersbut, aku masih lagi bertenang mengawal diri dan jentera. Aku tergelongsor ke atas tanggki, tapi tidak balas pantas, motor betul berhenti didepan lembu, dan tayr belakang kembali jatuh sperti biasa. Aku terselamat dari kemalangan yang mungkin mengharukan. 

Selepas si lembu berlaku pergi, aku mula membetulkan semula niat dan hasrat dan menetapkan keselamatan adsalah perkara yang perlu diutamakan. Aku menyambung perjalanan dengan gerakan seadanya dan tiba di rumah pak cik berkenaan. Selepas berbual panjang sambil-sambil minum makan jemput pisang. Aku kembali memandu untuk pulang. Jalan yang sama aku lalui sehingga aku sampai ke rumah dengan mod utamakan keselamatan dihidupkan.


Alhamdulillah, Terimakasih Dani kerana bagi aku pinjam motor. Dan terimakasih pak cik kerana bagi nasihat yang sangat berguna. Sampai sekarang aku masih lagi baik dengan pakcik ni kerana dia dah jadi bapak mertua aku! 







 

 


No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...