Thursday, January 27, 2011

Berhati-Hati!

Love Potion No. 9 has nothing on your smartphone!

Nearly 40 percent of women say that social-networking media, such as text-messaging and Facebook, are causing them to jump into the sack faster with partners than they would have in the past, according to a poll by Men's Fitness and Shape magazines.

"The texting and all the social networking that's happening . . . creates anticipation," said Dr. Belisa Vranich, a New York clinical psychologist. "If your goal is to have sex, [texting] is actually helpful for that because it makes the correspondence between people sort of more titillating.

"It [also] gives the false impression that you've actually been together for a longer amount of time, so it's actually OK to have sex quicker," she added. "You may have gone out once or twice, but since there's been so much exchange, either in texting or Facebook, it feels longer. It actually feels like its been longer than just two dates."

The complete poll is published in Shape and Men's Fitness, which hit newsstands today.


Sumber


ada orang jumpa bende ni dalam facebook


Kenyataan!

1. Budak-budak kelas 1, secara majoriti akan ambil kursus kedoktoran dan kejuruteraan. Mereka gembira dengan kerja-kerja mereka

2. Budak-budak kelas 2, akan mengambil kursus-kursus pengurusan dan keluar untuk menjadi boss kepada nombor 1 di atas

3. Budak-budak kelas 3, belajar apa yang patut dan join politik, akhirnya jadi menteri dan jadi boss pada budak-budak 1 dan 2

4. Budak-budak kelas 4, tunggang langgang dalam kehidupan dan join group bawah tanah, tetapi akhirnya jadi bos kepada budak-budak 1, 2 dan 3

Itulah kenyataannya di India!

Wednesday, January 26, 2011

Mari Mengira

Setiap kali bila buka suratkhabar, pasti akan terjumpa dengan berita rompak, samun, rogol, zina, hisap dasah, minum arak, rempit, rasuah, ragut, tipu dan macam-macam jenis kejahatan orang yang boleh dilaporkan sebagai berita dan juga sebagai tangkal pelaris akhbar itu sendiri.

Kebetulan aku sedang mengkaji fenomena ketidaktentuan dan kebarangkalian. Jadi secara tidak langsung nombor-nombor ini sedikit mengerakkan kepala hotak yang sedang berasap ini.

Aku terfikir tentang zina suka sama suka yang berlaku sekarang. Kadang-kadang, sukar untuk mempercayai cerita suratkhabar yang memaparkan wajah-wajah bersih tanpa dosa dengan tuduhan zina. Begitu juga kadang-kadang kelihatan juga wajah-wajah cerdik didakwa mengedar dadah. Katakanlah kita meletakkan cerita dalam suratkhabar mewakili 0.01% orang bersalah yang berjaya di tangkap. Secara ringkasnya, 1 orang jahat daripada 10000 orang jahat yang berjaya di tangkap.

Cuba bayangkan 9999 lagi orang jahat masih berkeliaran membuat apa yang sepatutnya dia buat dan berada di sekeliling kita tanpa kita menyedarinya.



sekurang-kurangnya kita sudah mula ada perasaan curiga sesama sendiri!

ntahlah, aku pun x faham!

Thursday, January 20, 2011

Abstrak



p/s: printer canon jem x leh sedut kertas ke dalam. Aki suspect ada sesuatu telah blocking kertas dari masuk. Aku cuma jangkakan cuma cebisan kertas. Bawak printer ke ruang tamu dan operasi bermula disitu. Bapoklah! susahnya nak check kat tempat sedut tu, kena buka semuanya. Setelah berjaya buka, aku hampir putus asa kerana selepas mengendap, x kelihatan apa-apa yang berwarna putih. Tetapi dalam sebegitu, terperasan objek asing berwarna hitam. Terpaksa guna khidmat telepon nokia yang ada torch light tu, suluh dan korek. AKhirnya keluarlah benda tu. sepotong pemadam berwarna hitam sebesar guli!.

Selesai memasang, dan jam sudah hampir pukul 12, aku mengangkat printer kembali ke bilik. Tak sempat bergerak container ink yang dilekat ditepi, jatuh dan mencipta abstrak di atas. Apa maknanya, aku pun tak tahu mungkin membawa maksud ngantuk!

Wednesday, January 19, 2011

Bandar Permaisuri

Semalam pergi ke bandar permaisuri setiu kerana urusan tanah yang belum selesai. Aku menyerahkan hal-hal kamera kepada co-pilot 100%. Ini hasil buah tangan dia!

Tanda yang menyatakan pelaku telah tiba di Bandar Permaisuri






Tuesday, January 18, 2011

Coretan Abdullah M!

Abdullah: Apa itu benda boleh bagi tau sama Nana?

Mek Som: Tu budu, ning beledi. Budu ddalang beledi. Ddalang cetong pong ada jugok.

Abdullah:Tuan Raffles tentu tak suka itu, baunya menjolok hidung saya. Tuan Farquhar pula mesti marah kalau di bawa ke Residensi dia. Tu apa nasi yang banyak daun tu?

Mek Som: Ning lah nasik ulang.

Abdullah: Oh, nasi ulang ya, makan berulang-ulang begitu?

Mek Som: Yang kita dok makang sokmo, tulah orang kata, nasik ulang.

Abdullah: Yang itu apa pula, diikat dan dibungkus daun tu, makanan apa?

MekSom: Ning bukang nnatang makanang. Ning damar, buak suloh bila jjalang malang nnari. Kalu mung lapor nok makang le le, ambek lah ssagong ni,tuang ddalang mulok.

Abdullah: Ah, orang Trengganu, ganjilsebutannya. Tuan menjadi Tuang. Tetapi kenapa pula Tuan di dalam mulut?Teringat saya satu lagu Melayu yang baru saya ajar kepada Tuan Raffles:
Anak la ikan la ikan
Di makan ikan
Di mana Tuan la Tuan
Di celah gigi....

Mek Som: Ha, ambek ni, mung nak makang selalu.

Abdullah: Tidak perlu, saya masih ada sedikit keju di hotel kami.

On his return to Singapura, Abdullah wrote:

"Adapun orang Trengganu itu tiada had gelojohnya, makannya tidak berhenti.Di pasar Trengganu terdapat nasi yang digaul dengan daun-daun kayu dari hutan rimba, dimakan berkali-kali, setiap masa. Nasi Ulang, kata mereka, sebab dimakan berulang kali, tidak kira masa. Bila Tuan Raffles mendengar tentang hal ini, sudahlah mereka berjalan dengan membawa duakeris, mereka makan juga tiada hadnya, makan berulang-berulang kali.

Begitulah katanya Tuan Raffles. "Abdullah," katanya kepada saya pula semasa kami sedang makan roti mentega di berandanya waktu pagi, "kita mesti mengajar orang-orang Trengganu ini supaya tidak gelojoh."

"Maka saya pun berceritalah pula kepada Tuan Raffles perihal mereka yang bukan sahaja dari segi tabiat mereka makan Nasi berulang, tetapi mereka juga makan sejenis debu yang dinamakan ssagung, dan bagaimana saya sendiri disuruh memakannya selalu. Di mana saja terdapat orangTrengganu itulah kerja mereka, makan selalu, tak kira ssagung, budu,atau sejenis kuih yang mereka panggil hati sokmo."

dikutip darisini


isk bodo pia dia ni!

Monday, January 17, 2011

Bangun!

Mengikut kamus dewan edisi ke tiga, kata bangun bermaksud bangkit,jaga, siuman, sedar, insaf, muai, dan juga menjadi cair. Antara ayat mudah yang menggunakan kata bangun ialah :

1. Woi!! Bangunlah weh! -

yang membawa maksud kata-kata tersebut mengikut keadaan ketika ucapan itu dibuat. Jika sedang tidur, ayat tersebut menyeru supaya sedar atau jaga atau bangkit dari tidur.

sebaliknya, kalau org kedua sedang duduk dikerusi ia bermaksud berdirilah! iaitu arahan supaya berada di dalam kedudukan berdiri. seperti arahan ketua darjah di dalam kelas.. SEMUA BANGUN!, maksudnya, semua yang ada hendaklah berdiri,termasuklah yang sedar tido jika ada.

kalau kata-kata tersebut dikatakan kepada rakan-rakan yang sedang lepak di tembok-tembok, atau di wakaf, ia membawa maksud yang berbeza, iaitu seruan supaya org kedua berubah kepada insaf atau sedar dalam konteks perbuatan sia-sia.

makna pembangunan pula jikalau dirujuk kepada kamus dewan ialah, perihal membangun atau pun merujuk juga kepada proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan). Ia juga dimaksudkan sebagai usaha untuk membangunkan.

****betulkan aku jika aku salah dalam definisi tersebut

Tetapi aku amat heran apabila, adanya bangunan-bangunan tinggi dijadikan ukuran kepada pembangunan, dari dulu dan kini! Mungkin aku kurang faham lagi maksud "bangun" itu sebenarnya!

Monday, January 10, 2011

Melancong

Kadang-kadang terlintas di benak fikiran aku untuk melihat-lihat tempat orang. Yang paling aku suka tengok ialah cara hidup dan sejarah yang mungkin ada di sesuatu tempat. Tetapi bila difikirkan tentang kos, keinginan ini sedikit turun, lagi pun aku bukan hendak melancong seorang diri.

Kadang-kadang bila berselisih dengan mat dan mek saleh tua yang berkayuh berdua dengan basikal, terlintas juga di kepala ku untuk menjadi seperti mereka, meredah hari tua dengan melihat dunia. tetapi akal di bahagian 'baik' lebih rela jika pada usia sebegitu aku berada di masjid membanyakkan amal jariah. Akal dibahagian yang 'nakal' cuba menentang dengan berkata, jalan-jalan pun boleh juga buat amal jariah dengan menerapkan nilai-nilai agama dalam perjalanan tersebut mungkin seperti orang tabligh.

Melihatkan kepada kaedah pelancong luar menikmati malaysia dengan berbasikal, aku merasakan itu kaedah yang paling mudah dan seronok untuk menghayati kehidupan di negara ini. Tetapi lebih elok jika dibuat di bahagian timur malaysia kerana ketamadunan pantai timur ini lebih dekat dengan pantai, jadi usaha mengayuh basikal akan lebih berbaloi.

Tetapi bagaimana pula dengan tempat tinggal? Aku rasa tempat tinggal menjadi perkara kedua yang perlu dipertimbangkan selepas hal-hal makan-makan


Ah! hal makan juger yang menjadi keutamaan akhirnya! Inilah negara ku yang aman dan damai...

Saturday, January 08, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Ketika aku darjah 6, aku mempunyai seorang guru yang sangat baik. Selalu berbual mesra dengan kami dalam topik apa sahaja, daripada masalah pakai seluar pendek sehinggalah masalah ilmu kebatinan semua disentuh oleh beliau. Dalam kelas beliau menggalakkan kami bercerita tentang apa sahaja. Apa yang kami ceritakan disuruh pula ditulis sebagai karangan. Beliau mengajar Bahasa Melayu.

Tetapi cerita tentang seluar pendek, tetap menjadi pilihan. Mungkin memandangkan kami sudah berada di peringkat umur remaja dan ramai punyai pendapat peribadi. Jadi setiap hari ada sahaja perbincangan tentang seluar pendek ini. Pada pertengahan tahun tersebut, kami sudah boleh memakai seluar panjang. Kami merasakan itu semua adalah hasil perjuangan kami! perasannya

Sesekali terdetik juga di ingatan, di manakah cikgu ini sekarang. Masih hidup atau sudah mengadap maha pencipta. Budi yang baik dikenang jua! Begitulah, guru yang baik hanya 1 dalam 1000, tetapi guru yang baik mungkin boleh mengeluarkan 1000 guru yang baik seperti beliau.

Semoga beliau sentiasa di rahmati Allah!

Wednesday, January 05, 2011

Sesekali Teringat!

Hari pertama persekolahan 2011 sudah hampir berakhir, melihat anak-anak balik sekolah dengan baju baru berkilat dengan sedikit kekotoran, terlintas dikepala budak-budak ini sangat beruntung dan bertuah. Turut sama bertuah dalam kes ini ialah guru-guru yang mengajar mereka.

Aku teringat, waktu dulu ketika aku bersekolah, aku hanya mempunyai sehelai baju sekolah sahaja. Kebetulan pula, zaman aku sekolah tu masih berpaksikan barat, jadi aku ke sekolah dengan berseluar biru pendek. Dengan baju putih dan seluar pendek itulah aku ke sekolah selama 5 hari.

Bayangkan bertuahnya cikgu sekarang, kerana cikgu pada waktu dulu, terpaksa menghirup bau 'segar' pada setiap hari rabu dan khamis. Dengan andaian, baju berbau peringkat tinggi pada hari rabu dan khamis. Bayangkan juga, jika budak tersebut sudah nak masuk alam tua, bau mereka sudah berubah dan kalau jenis suka berlari pula!

Bayangkanlah!

Saturday, January 01, 2011

@ 2011

Tahun baru hanyalah sandiwara kerana ketika itu kita terlupa usia semakin meningkat dan kita menjadi semakin 'lama'. Harus juga diingat, Barang lama mungkin amat bernilai atau tiada nilai. Kalau amat bernilai, syukurlah! Kalau sebaliknya, lebih baik berusaha untuk 'top-up' nilai sekarang.

Tetapi bernilai atau tidak juga adalah trend! Semalam minyak masak bersepah di kedai, tetapi yang tinggal hari ini hanyalah botol-botol kecil yang masih dibeli orang. Tahun baru mungkin masanya untuk disambut dengan harga minyak masak baru mengikut trend.

Jikalau tahun adalah satu jarak antara A dan B, tahun baru cuma mendekatkan kita kepada B. Jika A ialah hidup dan B ialah mati, maka tahun baru bermakna kita sudah semakin dekat untuk kembali kepada maha pencipta.

DIY1000 - Panasonic Water Pump

  Haaaaaaa kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada ...