Saturday, January 01, 2011

@ 2011

Tahun baru hanyalah sandiwara kerana ketika itu kita terlupa usia semakin meningkat dan kita menjadi semakin 'lama'. Harus juga diingat, Barang lama mungkin amat bernilai atau tiada nilai. Kalau amat bernilai, syukurlah! Kalau sebaliknya, lebih baik berusaha untuk 'top-up' nilai sekarang.

Tetapi bernilai atau tidak juga adalah trend! Semalam minyak masak bersepah di kedai, tetapi yang tinggal hari ini hanyalah botol-botol kecil yang masih dibeli orang. Tahun baru mungkin masanya untuk disambut dengan harga minyak masak baru mengikut trend.

Jikalau tahun adalah satu jarak antara A dan B, tahun baru cuma mendekatkan kita kepada B. Jika A ialah hidup dan B ialah mati, maka tahun baru bermakna kita sudah semakin dekat untuk kembali kepada maha pencipta.

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...