Tuesday, January 18, 2011

Coretan Abdullah M!

Abdullah: Apa itu benda boleh bagi tau sama Nana?

Mek Som: Tu budu, ning beledi. Budu ddalang beledi. Ddalang cetong pong ada jugok.

Abdullah:Tuan Raffles tentu tak suka itu, baunya menjolok hidung saya. Tuan Farquhar pula mesti marah kalau di bawa ke Residensi dia. Tu apa nasi yang banyak daun tu?

Mek Som: Ning lah nasik ulang.

Abdullah: Oh, nasi ulang ya, makan berulang-ulang begitu?

Mek Som: Yang kita dok makang sokmo, tulah orang kata, nasik ulang.

Abdullah: Yang itu apa pula, diikat dan dibungkus daun tu, makanan apa?

MekSom: Ning bukang nnatang makanang. Ning damar, buak suloh bila jjalang malang nnari. Kalu mung lapor nok makang le le, ambek lah ssagong ni,tuang ddalang mulok.

Abdullah: Ah, orang Trengganu, ganjilsebutannya. Tuan menjadi Tuang. Tetapi kenapa pula Tuan di dalam mulut?Teringat saya satu lagu Melayu yang baru saya ajar kepada Tuan Raffles:
Anak la ikan la ikan
Di makan ikan
Di mana Tuan la Tuan
Di celah gigi....

Mek Som: Ha, ambek ni, mung nak makang selalu.

Abdullah: Tidak perlu, saya masih ada sedikit keju di hotel kami.

On his return to Singapura, Abdullah wrote:

"Adapun orang Trengganu itu tiada had gelojohnya, makannya tidak berhenti.Di pasar Trengganu terdapat nasi yang digaul dengan daun-daun kayu dari hutan rimba, dimakan berkali-kali, setiap masa. Nasi Ulang, kata mereka, sebab dimakan berulang kali, tidak kira masa. Bila Tuan Raffles mendengar tentang hal ini, sudahlah mereka berjalan dengan membawa duakeris, mereka makan juga tiada hadnya, makan berulang-berulang kali.

Begitulah katanya Tuan Raffles. "Abdullah," katanya kepada saya pula semasa kami sedang makan roti mentega di berandanya waktu pagi, "kita mesti mengajar orang-orang Trengganu ini supaya tidak gelojoh."

"Maka saya pun berceritalah pula kepada Tuan Raffles perihal mereka yang bukan sahaja dari segi tabiat mereka makan Nasi berulang, tetapi mereka juga makan sejenis debu yang dinamakan ssagung, dan bagaimana saya sendiri disuruh memakannya selalu. Di mana saja terdapat orangTrengganu itulah kerja mereka, makan selalu, tak kira ssagung, budu,atau sejenis kuih yang mereka panggil hati sokmo."

dikutip darisini


isk bodo pia dia ni!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...