Wednesday, January 05, 2011

Sesekali Teringat!

Hari pertama persekolahan 2011 sudah hampir berakhir, melihat anak-anak balik sekolah dengan baju baru berkilat dengan sedikit kekotoran, terlintas dikepala budak-budak ini sangat beruntung dan bertuah. Turut sama bertuah dalam kes ini ialah guru-guru yang mengajar mereka.

Aku teringat, waktu dulu ketika aku bersekolah, aku hanya mempunyai sehelai baju sekolah sahaja. Kebetulan pula, zaman aku sekolah tu masih berpaksikan barat, jadi aku ke sekolah dengan berseluar biru pendek. Dengan baju putih dan seluar pendek itulah aku ke sekolah selama 5 hari.

Bayangkan bertuahnya cikgu sekarang, kerana cikgu pada waktu dulu, terpaksa menghirup bau 'segar' pada setiap hari rabu dan khamis. Dengan andaian, baju berbau peringkat tinggi pada hari rabu dan khamis. Bayangkan juga, jika budak tersebut sudah nak masuk alam tua, bau mereka sudah berubah dan kalau jenis suka berlari pula!

Bayangkanlah!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...