Saturday, January 08, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Ketika aku darjah 6, aku mempunyai seorang guru yang sangat baik. Selalu berbual mesra dengan kami dalam topik apa sahaja, daripada masalah pakai seluar pendek sehinggalah masalah ilmu kebatinan semua disentuh oleh beliau. Dalam kelas beliau menggalakkan kami bercerita tentang apa sahaja. Apa yang kami ceritakan disuruh pula ditulis sebagai karangan. Beliau mengajar Bahasa Melayu.

Tetapi cerita tentang seluar pendek, tetap menjadi pilihan. Mungkin memandangkan kami sudah berada di peringkat umur remaja dan ramai punyai pendapat peribadi. Jadi setiap hari ada sahaja perbincangan tentang seluar pendek ini. Pada pertengahan tahun tersebut, kami sudah boleh memakai seluar panjang. Kami merasakan itu semua adalah hasil perjuangan kami! perasannya

Sesekali terdetik juga di ingatan, di manakah cikgu ini sekarang. Masih hidup atau sudah mengadap maha pencipta. Budi yang baik dikenang jua! Begitulah, guru yang baik hanya 1 dalam 1000, tetapi guru yang baik mungkin boleh mengeluarkan 1000 guru yang baik seperti beliau.

Semoga beliau sentiasa di rahmati Allah!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...