Saturday, March 26, 2011

Rasa


Cinta hanyalah sebuah ketakutan
kerana cinta takut pada miskin
tapi cinta tak pernah bahagia dengan kaya
kerana cinta takut pada mati
tapi cinta tidak pernah senang dengan hidup
kerana cinta takut pada gelap
tapi cinta tidak bercahaya dalam terang


kalau aku mencintaimu
kerana aku takut Yang Maha segalanya

Jangan kau marah aku
kalau mencintaimu dengan sederhana
kerana aku takut cinta ini melalaikan
seperti lidah yang selalu tergigit
seperti aku yang selalu terlupa
aku akan mati nanti!

10.00 am 26032011 Gong Badak



Saturday, March 19, 2011

Rindu



Cetakan Pertama : 2000
Cetakan Kelima : 2004

sinopsis:

Akukah isteri yang kadang waktu gagal memahami hati seorang suami. alpa di dalam menentukan letak duduknya diri. Syurgakah buatku andai ketentuan Mu ku gadai di kaki takdir. Sedang diri ada kalanya tidak upaya menentukan baik buruk tiap perhitungan.
Suami... sukarnya memahami erti sebuah kasih sayang kiranya apa yang kau hadiahkan adalah diari derita sebuah perkahwinan.....

petikan:

Hidup ini memang tidak dapat dijangka Kamarul! Macam hujan juga, kadangkala kita rasa panas hingga ke petang, tapi hujan turun di tengahari. Tapi lepas hujan turun, pelangi akan muncul bersama warna-warni yang cantik dan menarik. Saat-saat begini,alangkah indahnya pelangi petang!

Friday, March 18, 2011

Retro: Konklusi II

Bukan sekali, bahkan banyak kali, aku berdiri di antara 2 simpang dan aku ragu-ragu ke mana harus ku tuju? Dan sejarah yang lepas-lepas menunjukkan aku sentiasa bermain dengan 'pilihan'.

Selepas 3 tahun aku membuat pilihan tersebut, akhirnya aku berdepan sekali lagi dengan pilihan yang membingungkan. Kalau dulu, aku terbelenggu dengan pilihan untuk belajar sekarang aku dibelenggu dengan piihan pekerjaan. Setelah aku merayau-rayau membuat kerja runcit-runcit hampir 2 tahun selepas mendapat diploma. Akhirnya aku terpaksa juga membuat pilihan "Programmer Kontrak" atau "Penolong Pegawai Kastam Tetap".

Perkara pertama yang aku nilai ialah berapakah gaji yang diperolehi tetapi gaji bukan keutamaan sebenarnya. Soalan sebenar ialah yang manakah mempunyai banyak ruang dan peluang untuk aku memajukan diri.

Posisi programmer kontrak ialah di TNB,manakala yang satu lagi sudah pasti kerja dengan gomen. Aku teringat ketika interview jawatan kastam di sebuah bangunan kerajaan di Kg Attap, aku ditanya tentang kesanggupan aku untuk membuat kerja-kerja sosial di negara-negara yang sedang berperang ketika itu seperti Afghanistan dan Pakistan. Aku dengan penuh keyakinan menjawab akan menjadi orang pertama mendaftarkan diri jika dipanggil sukarelawan untuk program sebegitu. Mungkin kerana itu aku terpilih? Mungkin juga kerana tubuhku yang perkasa seperti Arnold "Terminator" Susshahnakeja kot? entahlah!

Pendapat handai taulan di terima. Kebanyakkan menyuruh aku memilih Penolong pegawai kastam kerana itu kerja dengan gomen kata mereka. Tapi aku sendiri tidak pasti dimana aku akan ditempatkan jika aku memilih 'gomen' ketika itu. Tambahan pula, bakat dan kepandaian yang aku ada mungkin akan terpinggir ( sekarang, pembangunan ICT di pajabat kastam amat tinggi), tapi itu penilaian aku dulu. Bagi jawatan programmer pula, TNB baru sahaja diswastakan. Sudah pasti bukan kerja gomen dan jawatan pula, hanyalah kontrak selama 2 tahun dan aku sudah pasti ditempatkan di ibu pejabat tenaga nasional iaitu Jalan bangsar.

Akhirnya, di atas dasar kerja gomen hanya sekali, akhirnya aku memilih TNB, sebagai tempat pertama untuk aku menguji sebenar-benarnya ilmu yang aku tuntut 3 tahun di UPM. Aku tidak pernah menyesal kerana membuat pilihan tersebut!






Thursday, March 17, 2011

Ketidakpastian

1. Semalam pergi Paka, kunci tertinggal dalam bonet, tengok pomen buat kerja dengan rakus sekali pada 2 minit pertama. Aku memutuskan untuk mengambil kunci pendua di kuala terengganu, sebelum tingkap/pintu keretaku remuk/teruk dikerjakan. Lantas aku memulakan misi yang 'teruk' ini dengan kereta pok lang. Alhamdulillah, pukul 11.45 malam, aku sudah kembali sampai rumah dengan keretaku.

2. terima surat dari BSN. Alhamdulillah, aku menang sijil simpanan premium, tempat ke enam setelah menyimpan sijil yang bernilai RM100 itu hampir 10 tahun :D. Aku akan terus 'penyimpanan" sijil itu sehingga mati!

3. Kerja setiap hari semakin banyak kerana aku baru pandai berfikir!

5. Arghhhhhhhhhh! 5 hb April presentation......

Sunday, March 13, 2011

Kenapa?

First and foremost, takziah kepada rakyat jepun!

Second, jadikanlah iktibar kepada mereka yang berfikir!

ketiga, terbaca dalam kosmo online hari ini, di antara ribuan rakyat jepun yang terlibat kenapa yang itu sorang yang di concern kan jugak? kenapa? kenapa?

Wednesday, March 09, 2011

November Rain

Itu tajuk lagu november rain oleh GNR. Sebentar tadi, ia baru diputarkan oleh Radio Sinar. Kebetulan ketika itu aku sedang memandu. Dan, Sinar adalah stesen wajib dalam kereta wife aku. Secara tidak langsung, aku kembali mendengar lagu ini. Sememangnya sudah lama aku tidak melayan kerenah 'ROCKS' yang ada dalam diri aku ini. Lagi pun, lagu ini tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan aku. Cuma aku suka bab gitar solo yang dimainkan oleh Slash. Pada pendapat aku, memang 'tangkap leleh'. Dan sama seperti waktu-waktu aku 'ROCK' dulu, sekali lagi aku tenggelam dalam asyik itu. Nasib baik aku dah awal-awal lagi solat isyak, kalau tidak solo ini sudah boleh dikira haram.

Entah kali yang keberapa, mungkin yang ke 43, player aku masih mengulang-ulang solo yang aku 'cut' sendiri ini dan aku masih tidak bosan mendengarnya.

Malam yang bertambah larut dan sunyi, menambahkan lagi kesyahduan dan meningkatkan asyik aku.

Ah! Lagu ini memang tidak membawa apa-apa makna dalam diri aku!

Monday, March 07, 2011

Kelab Kongsi Buku

Ada pelbagai jenis buku di dalam pasaran sekarang ini. Buku yang mengupas prinsip kehidupan sehinggalah buku yang mengupas isu sejarah tanpa penyelesaian. Sesetengah buku di baca sebagai bacaan ringan samada buku tersebut bertemakan kisah 'berat' atau 'ringan'. Selepas di baca, keinginan untuk tahu sudah dipenuhi, buku berkenaan tidak berguna lagi, kecuali jika kita seorang yang selalu membuat rujukan kepada buku-buku seperti penulis dan penyelidik.

Idea aku bukanlah idea yang baik, tetapi aku selalu ingat sebuah hadis rasulullah yang bermaksud satu kebaikkan adalah satu pahala sedekah iaitu satu dari 3 perkara yang kita akan bawa apabila kembali kepadaNYA nanti. Jadi dengan cara yang mudah sebegini, pahala yang di dambakan itu akan bertambah seperti skim pak man telo, hanya jika niat-niat lain seperti ikhlas sudah dipenuhi.

Ide aku mudah sahaja, jika sudah beli buku dan habis membacanya, dan jika buku tersebut adalah beban dari segi kos menyimpannya atau pun terbiar seperti barang mainan budak, elok buku tersebut diberikan kepada sesiapa saja yang mahu secara percuma dengan syarat-syarat iaitu: penerima hendaklah menanggung kos penghantaran. yang keduanya, penerima hendaklah berjanji melakukan perkara yang sama ke atas buku tersebut bila ia sudah selesai di baca. Pemilik pertama hendaklah menandatangani di nombor 1 mukasurat pertama dan penerima menandatangani di nombor 2 dan penerima seterusnya untuk nombor seterusnya. Dengan itu, perjalanan sesebuah buku boleh di rekodkan.

Untuk merealisasikan cita-cita ini "Untuk Allah dan Manusia" ,(modified motto UTM)
aku ada beberapa buah buku yang aku ingin kongsikan dan membina rantaian nya. Antaranya ialah:


dan



dan banyak lagi.

Aku merasakan medium yang paling bagus dan percuma untuk perkongsian buku ini ialah fesbuk. Jadi kalau berminat letaklah nama aku nie sebagai kawan dalam fesbuk : kuroda kazima

sekian terima kasih

Sunday, March 06, 2011

Message Dari Seorang Kawan

"Eh Ul!, Apa pasal teruk bebeno nickname fb engko! Buat macam aku jer, nick name aku adalah aku sendiri, bukan ke senang"

Aku pun tersenyum nipis ketika aku berfikir-fikir tentang siapa "aku sendiri" sebenarnya?




Tuesday, March 01, 2011

Letrik Oh Letrik

Selepas Allah kurniakan sedikit sejuk, sedikit lembab dan sedikit basah, musim itu kini berakhir, tanpa sedar kita sudah memasuki musim panas yang mencabar fizikal dan mental.

Sudah kelihatan rumput kekuningan dan tompok-tompok hitam rumput terbakar menandakan mungkin musim ini akan lebih panas dari sebelumya. Mungkin juga ia akan lebih cepat berakhir memandangkan bulan puasa akan muncul pada bulan August. Setelah menikmati nyaman tidur dalam dingin malam (rumah aku x de e-cond) hampir 2 bulan. Kini, tiba masanya kipas-kipas angin bekerja semula. Seawal pukul 4 petang, kipas-kipas ini bekerja tanpa henti sehingga dingin subuh meresap ke tulang sumsum. Itupun kalau rajin untuk bangun mematikan kipas. Selalunya tidak berlaku begitu.

Bil letrik bulan lepas sudah menunjukkan peningkatan hampir 50%. Di tambah pula dengan kadar yang baru diluluskan kerajaan, aku pasti untuk bulan-bulan akan datang, bil ini akan naik lagi. Tapi kata orang, "kita nak ke dia", terimalah apa sahaja.

Hanya satu langkah sahaja yang boleh dibuat sekarang iaitu, menggunakalan eletrik dengan berhemah dan berjimat. Tapi dalam dunia yang berasaskan elektromagnet hari ini, seolah penggunaan elektrik ini tanpa henti: peti sejuk berfungsi 24 jam, komputer perlu dihidupkan dengan letrik bersama dengan pencetak ,mini hifi, telefon perlu dichargekan, ubat penghalau nyamuk juga perlukan letrik, kipas syiling dan kipas lantai, lampu tidur, periuk nasi, cerek air serta tidak lupa kepada seterika. Ada masanya juga, kaki perlu digegarkan, tubuh juga di urut dan air tuku, semuanya memerlukan elektrik.

Selain dari langkah penjimatan, elektrik mesti di lawan juga dengan elektrik. Aku juga membeli satu alat eletrik yang di pasang pada plug. Katanya untuk menstabilkan letrik supaya penggunaannya adalah sebaik mungkin jadi tiada pembaziran. Dari sumber terdekat yang aku ada (orang yang dah 2 bulan pakai bende nie) , ia boleh menjimatkan sehingga 80%. Memandangkan, harganya boleh dicover balik dengan penjimatan sebulan, AKu tidak berfikir panjang, aku terus beli!

Tengoklah apa jadi pada bulan depan!

DIY1000 - Panasonic Water Pump

  Haaaaaaa kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada ...