Selepas 3 tahun aku membuat pilihan tersebut, akhirnya aku berdepan sekali lagi dengan pilihan yang membingungkan. Kalau dulu, aku terbelenggu dengan pilihan untuk belajar sekarang aku dibelenggu dengan piihan pekerjaan. Setelah aku merayau-rayau membuat kerja runcit-runcit hampir 2 tahun selepas mendapat diploma. Akhirnya aku terpaksa juga membuat pilihan "Programmer Kontrak" atau "Penolong Pegawai Kastam Tetap".
Perkara pertama yang aku nilai ialah berapakah gaji yang diperolehi tetapi gaji bukan keutamaan sebenarnya. Soalan sebenar ialah yang manakah mempunyai banyak ruang dan peluang untuk aku memajukan diri.
Posisi programmer kontrak ialah di TNB,manakala yang satu lagi sudah pasti kerja dengan gomen. Aku teringat ketika interview jawatan kastam di sebuah bangunan kerajaan di Kg Attap, aku ditanya tentang kesanggupan aku untuk membuat kerja-kerja sosial di negara-negara yang sedang berperang ketika itu seperti Afghanistan dan Pakistan. Aku dengan penuh keyakinan menjawab akan menjadi orang pertama mendaftarkan diri jika dipanggil sukarelawan untuk program sebegitu. Mungkin kerana itu aku terpilih? Mungkin juga kerana tubuhku yang perkasa seperti Arnold "Terminator" Susshahnakeja kot? entahlah!
Pendapat handai taulan di terima. Kebanyakkan menyuruh aku memilih Penolong pegawai kastam kerana itu kerja dengan gomen kata mereka. Tapi aku sendiri tidak pasti dimana aku akan ditempatkan jika aku memilih 'gomen' ketika itu. Tambahan pula, bakat dan kepandaian yang aku ada mungkin akan terpinggir ( sekarang, pembangunan ICT di pajabat kastam amat tinggi), tapi itu penilaian aku dulu. Bagi jawatan programmer pula, TNB baru sahaja diswastakan. Sudah pasti bukan kerja gomen dan jawatan pula, hanyalah kontrak selama 2 tahun dan aku sudah pasti ditempatkan di ibu pejabat tenaga nasional iaitu Jalan bangsar.
Akhirnya, di atas dasar kerja gomen hanya sekali, akhirnya aku memilih TNB, sebagai tempat pertama untuk aku menguji sebenar-benarnya ilmu yang aku tuntut 3 tahun di UPM. Aku tidak pernah menyesal kerana membuat pilihan tersebut!
No comments:
Post a Comment