Sunday, July 29, 2012

Juu Nana Sai No Chizu

   06. juu nana sai no chizu by kurodakazima
 

Juushichi no shagareta blues wo kikinagara
Yumemi gachina ore wa senchi natame iki wo tsuiteiru
Taishite ii koto aru wake janai darou
Ichiji no egao wo tsukare mo shirazu sagashi ma watteiru
Baka sawagishiteru machikado no oretachi no
Katakunana kokoro to kuroi hitomi ni wa sabishii kage ga
Kenka ni nanpa guchi demo koboseba minna onaji sa
Uzuuzushita kimochi de odori tsuzuke ase mamire ni nare
Kuwae tabako no Seventeen's map

Machikado de wa shoujo ga jibun wo urinagara
Abukuzeni no tameni nandemo yatteru kedo
Yume wo ushinari ai wo mote asobu ano ko wasurechimatta
Kokoro wo itsudemo kagayaka shitenakucha naranaaitte koto wo
Sukoshi zutsu ironna imi ga wakari kaketeru kedo
Kesshite jugyo de osowatta koto nanka janai
Kuchi urusai oto nachi no loose seikatsu ni shibararete mo
Suteki na yume wo wasure yashinai yo

Hitonami no naka wo kaki wake kabe zutaini arukeba
Sumi karasumi haitsukubari tsuyoku ikinakya to omounda
Chippokena ore no kokoro ni karakkaze ga fuite kuru
Hodoukyou no ue furikaeri yaketsuku youna yuuhi ga
Ima kokoro no chizu no ue de
okoru subete no dekigoto wo terasuyo
Seventeen's map

Densha no naka oshiau hito no senaka ni
ikutsu mono dorama wo kanjite
Oya no senaka ni hitamukisa wo kanjite
kono goro futo namida koboshita
Hanbun otona no seventeen's map

Nanno tameni ikiteru no ka wakara nakunaruyo
Te wo sashinobete omae wo motomenaisa kono machi
Donna ikikata ni naru ni shitemo
Jibun wo sute ya shinai yo

Hitonami no naka wo kaki wake kabe zutaini arukeba
Shigarami no kono machi dakara
tsuyoku ikinakya to omounda
Chippokena ore no kokoro ni karakkaze ga fuite kuru
Hodoukyou no use furikaeri yaketsuku youna yuuhi ga
Ima kokoro no chizu no ue de
okoru subete no dekigoto wo terasuyo
Seventeen's map


TRANSLATION

Seventeen's Map

Seventeen, listening to rough blues,
lost in dreams I sigh melancholy,
it sure isn't a good thing.

Searching (for something), never tired of smiling,
we fool around in the city's corners.
All of us trying to chase away
the sad shadow of a stubborn heart and dark eyes,
even if it's only through fights, flirts and grumbles.
Keep dancing with that impatient feeling, get covered in sweat.
A cigarette in your mouth, Seventeen's map.

A girl sells herself on the street,
ready to do anything for easy money.
She's lost her dreams, she's forgotten the pleasure of love.
"Never lose the light in your heart",
Little by little, I understand the different meanings of this,
but it certainly isn't something you learn in class.
Even if you get tied to the empty life of meddling adults,
don't forget your beautiful dreams.

Pushing my way through the sea of people,
walking along the walls,
I realize I have to live strongly, in this city I'm bonded to.
A strong wind blows in my heart, I feel so tiny.
On the bridge I look back, a burning sun
now illuminates on my heart's map
all the events bound to happen.
Seventeen's map.

On the train, sensing so many turmoils within the jostling people,
feeling the perseverance in my parents, tears fell unexpectedly.
The Seventeen's Map of a half-adult.

I no longer understand for what purpose I'm living.
You hold your hands out, this city doesn't want you.
In whichever way you decide to live,
never throw yourself away.

Pushing my way through the sea of people,
walking along the walls,
I realize I have to live strongly, in this city I'm bonded to.
A strong wind blows in my heart, I feel so tiny.
On the bridge I look back, a burning sun
now illuminates on my heart's map
all the events bound to happen.
Seventeen's map.


Wednesday, July 25, 2012

Selamat Datang Ramadhan!

Maksud Al-Quran Surah Al-Baqarah:183-187

183. Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.  

184. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.  

185. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. 

186.  Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

187.  Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
 
------------------------------ 

Maksud Al-Quran Surah Al-Qadar

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, 

2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 

4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); 

5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

-----------------------------
 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."

 

Diriwayatkan daripada Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya."


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa."



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
 

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan."
 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

 
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.

 
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.
 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah."


Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah RA, kedua-duanya berkata: Nabi SAW bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa."

Tuesday, July 17, 2012

Ustaz Azhar Quotes

jika tidak menambah, jangan mengurang, jika tidak menyenangkan, jangan menyusahkan

pilihlah sahabat yang beragama, sentiasa mengingati Allah yang Esa

Bezanya orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati

sahabat sejati ialah orang yang mendekati kita sewaktu seisi dunia menjauhi kita

Ibnu haban r.a berkata " Lidah adalah binatang buas. Pabila ditambat, pemiliknya akan selamat, tetapi apabila dilepas, dia menerkamnya"

Kutuk tak semestinya benci, puji tak semestinya sayang

pasangan yang kahwin muda nampak cute, lebih-;ebih lagi kalau dah ada anak

couple itu haram, bercinta itu harus

lelaki yang baik akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah, bukan untuk bercouple

pahala beri hadiah pada awek tak sama dengan pahala beri hadiah pada isteri

Berdoalah , Allah maha mendengar

Jadilah orang yang baik, apabila ada disenangi, apabila pergi dirindui, apabila mati dikenangi

Allah tak marah kalau kita tak pandai, tapi Allah marah kalau kita tak pergi belajar

Jaga tepi kain orang tak mengapa, jangan jaga dalam kain orang

Nikmaty didunia telah menipu daya kita

Berbaktilah kamu pada orang tuamu, nescaya anak-anakmu akan berbakti padamu

Memakai tudung dengan berfesyen adalah lebih baik dari tidak memakai tudung langsung

Kehancuran manusia ada dalam 3 watak iaitu kesombongan, kerakusan dan kedengkian

Dalam hak kita, ada hak orang lain

Kalau kite keseorangan, ingatlah Allah nescaya kita tidak keseorangan

Setiap sesuatu ada kecantikkan tersendiri, cuma cara kita melihatnya yang berbeza

Belajar ilmu dunia tinggi-tinggi, sampaikan tinggalkan kewajipan menuntut ilmu agama sehingga dirinya menjadi jahil dalam bab agama, maka orang itu lebih bodoh daripada lembu yang paling bodoh dalam pertandingan lembu-lembu terbodoh didunia

Kebahagian rumahtangga 100% datangnya daripada Allah, bukannya kerana rupa, harta mahupun cinta



--kutip dari fb.com/pages/Ustaz-Ahzar-Idrus-Quotes--

Monday, July 16, 2012

Kisah Tukang Rumah

Sejak akhir-akhir ini aku berkesempatan bertemu dengan ramai orang berkategori marhaen  dan tiada berharta ( cuma berdasarkan kepada gaya pekerjaan mereka, mungkin aku salah) dan berbual-bual dengan mereka. Aku pernah berbual-bual dengan pembantu tukang rumah yang kebetulan kehabisan stok simen (ini buatkan dia ada masa untuk bersembang) dan pernah aku berbual-bual dengan tukang kasut kerana suasana ketika itu sangat sunyi, dan aku merasa malu untuk kelu tanpa suara.

Bermula dengan  hal-hal kasut juga hal-hal  pertukangan rumah, perbualan meleret-leret hingga kepada cuaca yang panas, sudah lama tidak hujan, hingga kepada pegawai kerajaan naik gaji, hingga kepada PTD naik lagi tinggi, hingga cerita dapat bende-bende percuma dan tidak lepas juga sedikit-sedikit hal politik peringkat liga kampung.

Kisah Tukang Rumah

Tukang rumah beritahu dia tidak suka dengan politik, tidak terlibat dengan projek pacak bendera, atau hadir mesyuarat, dia memberitahu dia tidak pernah menjadi ahli apa-apa parti kerana takut pada orang-orang kampung yang berbeza parti. Lebih baik dia menjadi orang atas pagar! Dan paling sedih dia tidak pernah mengundi kerana dia sudah "senang" dengan kehidupannya sekarang, kata beliau, dia tidak perlukan minyak yang banyak kerana dia tiada "enjin" untuk disuap minyak, dia tidak tahu pun kos rawatan hospital kerana dia tidak pernah sakit. Dan dia sangat selesa dengan dengan khidupannya, Tetapi akhirnya, dia mengaku ada ketikanya dia ada juga menyertai projek-projek politik yang memberikan habuan duit atau habuan perjalanan percuma, semua ditanggung beres!

Aku percaya, mereka bukanlah bangsa yang selalu mengharapkan bantuan dan yang paling penting aku juga merasakan mereka juda tiada kehendak kebendaan, atau boleh juga aku tafsirkan mereka tidak "ambitious"!


Tukang kasut lebih terbuka mindanya kerana dia bekerja sendiri, dengan pelbagai jenis kasut dia sudah mengenali pelbagai ragam tuan punya kasut. Yang begitu dan begini, semuanya sudah dikecapnya. ..

-bersambung dalam Kisah Tukang Kasut- 

Thursday, July 12, 2012

Hak Aku

Aku ada broadband budak sekolah dengan bayaran RM45 sebulan. Tetapi sebab ia adalah broadband budak sekolah, ianya terhad untuk meng download sebanyak 5GB sahaja sebulan, bila kuota bulanan ini dah penuh, broadband aku kelihatan seperti berpenyakit, downloading sangat-sangat-sangat dan sangat perlahan. Aku rasa kukur nyor lebih laju lagi. Saper tak tau kukur nyor, tanyalah pak cik google, aku rasa pakcik goggle pun tak tau!

Oleh kerana broadband ini ialah broadband budak sekolah, aku hanya guna bila aku pergi sekolah, jadi aku dapati muttakhir ini, broadband ini tidak mencapai kuota yang telah ditetapkan. Aku berpendapat, oleh kerana kuota itu masih lagi hak aku, jadi eloklah kalau ia boleh dibawa bulan hadapan, kerana bulan hadapan mungkin aku akan pakai melebihi kuota bulan tersebut.

Walau apa pun, samada lebih atau tak lebih, yang sebenarnya, kerana ia memang hak aku, jadi seeloknya dipulangkan kembali kepada aku. Kalau bende nie boleh dituntut diakhirat bila-bila, uisk... seronoklah aku menngumpul pahala percuma dari org-org celcom.. Salah ke pemikiran aku nie?


Monday, July 09, 2012

Ilmu Allah

Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat “Aku ingin menempatkan seorang khalifah di muka bumi”. Para malaikat berkata “Mengapa Engkau mahu menempatkan di situ makhluk yang akan melakukan bencana dan menumpahkan darah (berperang) sedangkan kami sentiasa bertasbih memujiMu dan memuliakanMu”. Kata Tuhan “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui”. Dan Tuhan mengajar Adam segala nama-nama benda (serta kegunaannya). Kemudian diperlihatkan kepada para malaikat lalu Tuhan berkata kepada para malaikat “Sebutkanlah kepadaKu nama-nama semua ini kalau memang kamu daripada golongan yang benar. Jawab malaikat “Maha Suci Engkau. Kami tidak mengetahui melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. Tuhan berfirman “Wahai Adam sebutkanlah kepada mereka nama-nama semua ini”.Setelah Adam menyebut semua nama-nama itu, Tuhan berkata “Bukankah Aku sudah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala hal yang tersembunyi di langit dan di bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu rahsiakan”.

Al-Baqarah - 30:33

Tuesday, July 03, 2012

Orang Budiman

Kepintaran adalah keupayaan mensintesiskan keharmonian akal  budi dan hati budi. Dengan demikian, di bawah pengantaraan budi, dalil dan emosi akan saling bekerjasama mencari konklusi yang menang-menang. Pengabaian dimensi rasional akal budi, maka budi pekerti akan kelihatan hanya sebagai kosmetik sahaja, sebaliknya jika hati budi yang rosak, maka jiwa dan budaya menjadi tidak manusiawi, bersifat kaku dan membosankan. Oleh itu, budiman iaitu peringkat tertinggi keilmuan hanya di capai oleh orang yang berupaya mengutip bukti-bukti dari pelbagai sumber samada kebijaksanaan yang berbentuk tekstual mahupun kontekstual. Mereka di gelar orang berhikmah.

rujuk Lim, Kim Hui Tesis. 

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...