Monday, July 16, 2012

Kisah Tukang Rumah

Sejak akhir-akhir ini aku berkesempatan bertemu dengan ramai orang berkategori marhaen  dan tiada berharta ( cuma berdasarkan kepada gaya pekerjaan mereka, mungkin aku salah) dan berbual-bual dengan mereka. Aku pernah berbual-bual dengan pembantu tukang rumah yang kebetulan kehabisan stok simen (ini buatkan dia ada masa untuk bersembang) dan pernah aku berbual-bual dengan tukang kasut kerana suasana ketika itu sangat sunyi, dan aku merasa malu untuk kelu tanpa suara.

Bermula dengan  hal-hal kasut juga hal-hal  pertukangan rumah, perbualan meleret-leret hingga kepada cuaca yang panas, sudah lama tidak hujan, hingga kepada pegawai kerajaan naik gaji, hingga kepada PTD naik lagi tinggi, hingga cerita dapat bende-bende percuma dan tidak lepas juga sedikit-sedikit hal politik peringkat liga kampung.

Kisah Tukang Rumah

Tukang rumah beritahu dia tidak suka dengan politik, tidak terlibat dengan projek pacak bendera, atau hadir mesyuarat, dia memberitahu dia tidak pernah menjadi ahli apa-apa parti kerana takut pada orang-orang kampung yang berbeza parti. Lebih baik dia menjadi orang atas pagar! Dan paling sedih dia tidak pernah mengundi kerana dia sudah "senang" dengan kehidupannya sekarang, kata beliau, dia tidak perlukan minyak yang banyak kerana dia tiada "enjin" untuk disuap minyak, dia tidak tahu pun kos rawatan hospital kerana dia tidak pernah sakit. Dan dia sangat selesa dengan dengan khidupannya, Tetapi akhirnya, dia mengaku ada ketikanya dia ada juga menyertai projek-projek politik yang memberikan habuan duit atau habuan perjalanan percuma, semua ditanggung beres!

Aku percaya, mereka bukanlah bangsa yang selalu mengharapkan bantuan dan yang paling penting aku juga merasakan mereka juda tiada kehendak kebendaan, atau boleh juga aku tafsirkan mereka tidak "ambitious"!


Tukang kasut lebih terbuka mindanya kerana dia bekerja sendiri, dengan pelbagai jenis kasut dia sudah mengenali pelbagai ragam tuan punya kasut. Yang begitu dan begini, semuanya sudah dikecapnya. ..

-bersambung dalam Kisah Tukang Kasut- 

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...