Thursday, July 12, 2012

Hak Aku

Aku ada broadband budak sekolah dengan bayaran RM45 sebulan. Tetapi sebab ia adalah broadband budak sekolah, ianya terhad untuk meng download sebanyak 5GB sahaja sebulan, bila kuota bulanan ini dah penuh, broadband aku kelihatan seperti berpenyakit, downloading sangat-sangat-sangat dan sangat perlahan. Aku rasa kukur nyor lebih laju lagi. Saper tak tau kukur nyor, tanyalah pak cik google, aku rasa pakcik goggle pun tak tau!

Oleh kerana broadband ini ialah broadband budak sekolah, aku hanya guna bila aku pergi sekolah, jadi aku dapati muttakhir ini, broadband ini tidak mencapai kuota yang telah ditetapkan. Aku berpendapat, oleh kerana kuota itu masih lagi hak aku, jadi eloklah kalau ia boleh dibawa bulan hadapan, kerana bulan hadapan mungkin aku akan pakai melebihi kuota bulan tersebut.

Walau apa pun, samada lebih atau tak lebih, yang sebenarnya, kerana ia memang hak aku, jadi seeloknya dipulangkan kembali kepada aku. Kalau bende nie boleh dituntut diakhirat bila-bila, uisk... seronoklah aku menngumpul pahala percuma dari org-org celcom.. Salah ke pemikiran aku nie?


No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...