Aku menolak pintu perlahan-lahan, sambil mulut memberi salam, beberapa pasang mata berpaling kepada ku dengan mulut terkumat kamit, mungkin menjawab salam, setik hati! Mataku melilau mencari kerusi kosong sambil kepala otak memiikir-mikir logik atau tidak untuk aku melabuhkan punggung di kerusi-kerusi kosong situ. Sebuah kerusi yang paling hampir dengan pintu aku duduki. Pemikiran logik sekali lagi mengundang konfrontasi lantas aku bangun menduduki sebuah kerusi lain yang lebih hampir dengan tukang gunting.
Ketika ini, hanya seorang tukang gunting bertugas, yang lainnya, aku sudah sentiasa maklum, sentiasa lambat sikit masuk bertugas. Selalunya antara pukul 10 hingga pukul 11 pagi. Ada seorang lelaki disebelahku dengan wajah mirip cina, dan seorang lain yang aku pasti kakitangan kerajaan kerana dia amat sihat sekali dan berpakaian kemas serta mempunyai tag nama di dada beserta logo jabatan yang dia bekerja mungkin. Jadi aku orang ketiga. Jika seorang memerlukan 45 minit, dalam 90 minit lagi giliran aku pasti tiba. Tapi musim perayaan begini, elok aje aku tunggu kerana, sebentar lagi, pasti kedai gunting akan dipenuhi pelanggan.
Sementara itu, seorang tok ki terbaring di kerusi tukang gunting menunggu
janggutnya habis di cukur. Mulutnya tak henti bercerita kehebatan negeri
terengganu pada zaman alim ulamak dulu. Dia menceritakan tentang bom yang jatuh
tidak meletup di kuala terengganu pada zaman jepun di depan mata beliau sendiri. Kalau di ikutkan kata
beliau. Jika bom bom itu digugurkan itu meletup pasti huru hara dan punah ranah
negeri terengganu. Pasti akan lebih mundur dan lebih lambat untuk maju. Tetapi dengan rahmat alim ulamak
pada wakttu tu negeri terengganu terselamat. Beliau menyebut tentang sebuah meriam
depan istana maziah yang di temui di sungai terengganu lalu diletak distu. Dulu
dulu kata beliau, ketika nak ke laut bau semerbak wangi muara tanjung mengiringi
pemergian nelayan kelaut.Tapi kini yang tinggal hanya bau taik. Tapi aku
kerugian kerana ia adalah saat-aat akhir dia bergunting kalau aku tiba lebih awal sudah
pasti banyak yang akan.aku hadamkan hari itu dari pakcik tua ini. . Ketika dia menunggu wang baki aku menyapa
dengan satu soalan. Org teranung ari tu wat merim sendiri.ke?
Beliau
menjawab dengan yakin "ada ah. Mu jangan wat main awang!. Org teranung hari tu hebat.org luar mari beli meriam sininng". Lantas dia berlalu pergi meninggalkan aku dengan pelbagai soalan yang tiada mampu dijawab orang sekarang.
Jawapan yang diberikan amat mengujakan kerana aku pernah terbaca dalam sebuah karangan mengatakan orang teranung adalah pakar dalam membuat meriam bahkan meriam boleh alih adalah hasil kreativiti anak teanung sebenarnya. Dan yang paling menarik, meriam terengganu ketika itu adalah setanding dengan buatan jerman!
Aku termanggu sendirian, menunggu giliran rambut ku digunting pendek, hampir 2 bulan aku tidak bergunting kerana aku malas menunggu. Kenapa kini, orang teranung macam sudah ditimpa bala kemahiran yang kita ada kini sudah mulai pupus perlahan-lahan. kenapa jadi begini, bilakah kita akan bangkit kembali.
Aku masih mencari-cari kisah terakol di kalangan rakyat teranung pula!
Walau apa pun aku mengharapkan pakcik tadi panjang umor dan ada orang yang mampu mengorek lebih banyak cerita ttg teranung dari beliau sementara nyawa dikandung badann.
No comments:
Post a Comment