10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
2) Bacalah al-Quran,
atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah
kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk
hal-hal yang tidak berfaedah.
3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
9) Perkenalkan dirimu
kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu,
sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.
10) Kewajipan selalu
lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain
untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka
selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment