Monday, August 27, 2012

Propaganda!

Salah satu propaganda yang dilakukan oleh yahudi ialah menceritakan kisah yang tidak benar secara berterus-terusan sehingga akhirnya, cerita palsu ini menjadi benar. Contohnya seperti kisah pembunuhan beramai-ramai yang selalu diulang tayang setiap tahun dan akhirnya dibenarkan oleh minda. Begitu juga dengan konsep pengiklanan yang selalu keluar di kaca TV. Pada permulaan siaran sesuatu iklan, orang ramai masih tidak percaya akan kebolehan sesuatu produk. Tetapi apabila diulang banyak kali di mata dan telinga pendengar, akhirnya, sedikit sebanyak pendengar akan terpengaruh dengan dakyah palsu iklan dan menganggap ia benar.

Tetapi ada juga keterbalikkan kepada propaganda ini iaitu, sesuatu kisah yang benar diulang-ulang sehingga ia tidak menjadi benar. Contohnya, pada permulaan kereta mula menggunakan alarm system yang berbunyi tuit-tuit. Pemilik kereta mulanya sangat prihatin dengan bunyi-bunyi tersebut. Setiap kali ada kereta berbunyi di waktu malam, pasti banyak rumah-rumah akan bercahaya dengan segera untuk melihat kereta siapakah agaknya yang berbunyi. Tetapi disebabkan oleh isu-isu seperti salah tekan, kereta berbunyi kerana kucing, pintu tidak tutup rapat, orang ramai mula menganggap ada orang baru beli kereta tersilap memicit butang. Dan kadang-kadang ada juga ketikanya ketika aku solat jumaat, ada kereta yang berbunyi, tapi masih lagi berperasaan gembira mengharapkan yang berbunyi itu ialah kereta orang lain yang berlaku "ter" tadi.

Hasilnya semalam, kereta jiran ku sudah dikebas orang. Dia beritahu, dia ada terdengar alarm kereta berbunyi, tapi menganggap ia hanyalah kereta-kereta lain dalam kejiranan kami ini!

Itulah, "biasa" membuat kita jadi lupa! Kalaulah bunyi alarm boleh diedit supaya ia berbeza, bayangkan bunyi-bunyi ini akan menjadi IPV4 yang tidak berkecukupan kerana bilangan pemilik kereta adalah lebih ramai dari pemilik IPV4.

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...