Thursday, January 15, 2015

Aku dan Sebuah Basikal Tua

Sudah beberapa hari aku lihat basikal tua itu berada disitu. Setiap kali aku berpura-pura melihat orang-orang tua kampung bermain dam aji disitu, ketika itulah aku meneliti basikal tua itu. Bahkan tiada kesan ia didorong oleh sesiapa pun, Bahkan kedudukannya juga tidak berubah.

Hari berlalu, dan ia masih disitu. Aku merasakan inilah peluang untuk aku mempunyai sebuah basikal. sebagai langkah awal untuk menjadikan basikal ini kepunyaan ku ialah aku harus menguncinya. jadi petang itu aku telah mengunci basikal itu dengan kunci yang memang sudah ada distu. Dan kunci berkenaan aku selitkan di bawah lantai pasar.

Selang beberapa hari, aku pun pergi melihat lagi basikal berkenaan. Ah, ia sudah tiada. Dan seperti biasa, untuk mengetahui cerita-cerita sekitaran aku pun mendekati sekumpulan yang verloggok ditepi dam aji. Dan aku mendegar cerita.

Semalam pemilik basikal baru pulang dari kampung setelah pergi ke sana selama beberapa minggu. Dari bus stand dia berjalan dan ingin mengambil basikal yang diletakkan disitu, dan seterusnya berkayuh balik kerumah. Tapi setibanya di basikal, dilihat basikalnya dikunci, jadi terpaksalah dia membuka kunci berkenaan secara paksa yang mengambil masa lebih kurang sejam. Dia berkata "kalau aku tau saper yang buat, jagalah dia!". Aku beransur balik perlahan-lahan.

Kini, tuan basikal sudah lama meninggal, dan aku tidak pernah memohon maaf kerana perbuatan aku itu ketika aku belum berakal. Budak baru nak mengenal dunia.

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...